Walaupun kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ada juga dalam kalangan kita yang menyambut kelahiran bayi. Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah proses mendaftar kelahiran anak dilakukan sedangkan kita tahu tidak semua agensi atau pejabat pendaftaran beroperasi seperti biasa.
Bagi ibu bapa yang ingin melakukan proses pendaftaran kelahiran anak ketika tempoh PKP, terdapat satu perkongsian di laman Facebook tentang cara saudara ini lakukan pendaftaran kelahiran anaknya. Apa yang penting adalah untuk anda kekal bersabar dan tenang ketika berurusan kerana urusan mungkin akan terhad.
PROSES DAFTAR KELAHIRAN ANAK KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Alhamdulillah….
Selesai sudah hal pendaftaran kelahiran. Terima kasih buat sahabat yang bantu. Terima kasih juga JPN kerana respon dengan cekap. Untuk makluman, due to #MCO, pihak JPN ada menyediakan kaunter khas untuk pendaftaran kelahiran / kematian. TETAPI melalui urusan TEMUJANJI sahaja.
Bagaimana? Meh aku cerita.
Boleh email permohonan anda ke Unit Komunikasi Korporat di [email protected]. Anda ceritakan secara detail info kelahiran/kematian. Yang penting sekali jangan lupa letak LOKASI anda. Kemudian mereka akan forwardkan email anda ke Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat (BKKAA) mengikut lokasi anda. Untuk makluman, peringkat negeri hanya JPN ibu negeri sahaja yg buka. Klang Valley hanya Jalan Duta. Aku buat di Putrajaya sebab aku terlupa beritahu lokasi di dalam email.
BKKAA akan berhubung dengan anda melalui email. Mereka akan minta anda untuk hubungi nombor bahagian mereka bagi menetapkan tarikh dan masa temujanji.
Selesai penetapan masa/tarikh temujanji, BKKAA akan menghantar surat temujanji kepada anda melalui email or whatsapp. Surat aku dihantar melalui whatsapp. Kemudian,anda perlu print surat temujanji tersebut dan bawa ke JPN pada hari yang ditetapkan. Anda tunjukkan surat tersebut pada Pengawal Keselamatan untuk daftar masuk.
Oh ya. Surat tu juga penting sebab anda kena tunjukkan pada encik polis apabila ditahan di roadblock. Macam aku, 5 -6 roadblock kena tempuh dari Gombak ke Putrajaya. OK. Clear? Sekian khidmat masyarakat untuk hari ini.
ANAK DALAM TEMPOH 60 HARI TAK RISAU DAFTAR KELAHIRAN, TUNGGU PKP TAMAT
*******UPDATED*******
Untuk mengelakkan kekeliruan, bagi kelahiran anak yang masih baru (April) dan masih lagi dalam lingkungan 60 hari (SOP JPN), rasanya tak perlu tergopoh gapah untuk daftarkan kelahiran. Boleh tunggu hingga PKP tamat. Tambahan pula pihak JPN sekarang sedang mencari mekanisme baru untuk kes yang lewat lebih 60 hari. Mungkin akan ada kelonggaran. Tetapi jka ada keperluan mendesak atau kecemasan, boleh email dan dapatkan temujanji. Nyatakan secara detail informasi anda di dalam email tersebut. In shaa Allah mereka bantu.
Begitu juga hal pendaftaran Kematian. Untuk pendaftaran Kematian tiada had tempoh. Jadi, anda boleh tunggu hingga PKP tamat. Tetapi jika ada keperluan mendesak atau kecemasan, boleh email dan dapatkan temujanji. Untuk keterangan lanjut, boleh juga berhubung terus dengan JPN negeri seperti nombor di bawah.
Harap maklum.
Sumber : Encik Belo