Percutian

Sempena Cuti Sekolah, Jom Ke Festival Layang-Layang Sedunia, Anak-Anak Pasti Teruja!

27
SHARES
cuti sekolah 2023

Musim cuti sekolah telah tiba! Sudah pasti ramai dalam kalangan ibu bapa turut mengambil cuti kerja supaya dapat memanfaatkan cuti sekolah 2023 anak-anak. Dah plan ke mana tu?

Kalau belum ada apa -apa perancangan, apa kata anda yang berada di luar Kuala Lumpur, di sekitar Lembah Klang serta yang ada di negeri Johor sendiri, berkunjung ke festival tahunan berkaitan layang-layang di Pasir Gudang! Wah, dengar macam menarik tetapi ada apa tu?

CUTI SEKOLAH 2023 JOM PERGI WORLD KITE FESTIVAL!

cuti sekolah 2023

Paling dinanti-nantikan adalah acara berprestij tahunan iaitu Pasir Gudang World Kite Festival atau Festival Layang-Layang Sedunia yang disenaraikan dalam Johor Tourism. Untuk pengetahuan semua, acara ini telah diadakan sejak tahun 1995 oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG)  dengan kerjasama Johor Tourism dan Johor Kite Association.

Festival yang berlangsung dari 22-26 Februari 2023 ini akan mengambil tempat di Bukit Layang-Layang, Bandaraya Pasir Gudang, Johor. Memang waktu yang sesuai kerana selari dengan musim cuti sekolah.

cuti sekolah 2023

Menyajikan lebih 37 jenis layang-layang dari seluruh dunia, anda dapat melihat pelbagai jenis layang-layang bermacam-macam warna! Paling tak sabar sekali adalah menanti kehadiran layang-layan dari negara kita Malaysia yang diperbuat dari buluh, serta corak kertas melambangkan etnik negara.

cuti sekolah 2023

Bukan itu sahaja, pengunjung yang hadir juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti menarik seperti pembuatan layang-layan secara DIY, menonton persembahan menarik serta makan-makan!

Jangan lupa luangkan masa bersama anak-anak ketika musim cuti sekolah dengan hadir ke festival layang-layang ini. Memang best!

Sumber: Tourism Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×