Famili

Cuti Hujung Minggu Johor Ditukar Semula Kepada Sabtu & Ahad Bermula 1 Januari 2025 – TMJ

13
SHARES

Menerusi laman media sosial milik Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, baginda mengumumkan bahawa cuti hujung minggu di Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Baginda sudah menitahkan perkara tersebut kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk dibincangkan.

Baca juga: Bagi Alasan ‘Urusan Keluarga’ Untuk Pontengkan Anak Sekolah Semakin Jadi Trend

CUTI HUJUNG MINGGU JOHOR DITUKAR SEMULA KEPADA SABTU & AHAD

CUTI HUJUNG MINGGU

 

“Selepas mendapat perkenan dan restu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), saya ingin mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di negeri Johor akan ditukar kepada hari Sabtu dan Ahad.

“Saya juga menitahkan agar YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.

“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya,” ujarnya.

Terdahulu, pada 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim menukar cuti mingguan negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu, sebagai penghormatan kepada hari Jumaat.

Perubahan itu sebelum ini sebenarnya mengembalikan semula cuti hujung minggu asal iaitu Jumaat dan Sabtu yang dilaksanakan Johor sejak sekian lama sebagai sebuah negeri Melayu tidak bersekutu.

Johor hanya melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad bermula 1994 apabila ia ditukar ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar.

Baca juga: [TERKINI] Jadual Penuh Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 Untuk Rujukan

Sumber: Instagram hrhcrownprinceofjohor & Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×