Rakyat

Individu 60 Tahun Ke Atas & Penerima Sinovac Cucuk Dos Penggalak Sebelum Februari 2022

59
SHARES

Semua individu berusia 60 tahun ke atas dan penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mengambil dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari tahun depan. Tanpa melengkapkan pengambilan dos penggalak ini, status vaksinasi anda juga akan menjadi tidak lengkap.

Baca juga: Perlu Ke Makan Panadol Sebelum Atau Selepas Cucuk Vaksin?

DOS PENGGALAK UNTUK INDIVIDU 60 TAHUN KE ATAS

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata individu yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin yang diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak itu pada tempoh berkenaan.

Menurutnya lagi, sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap.

“Individu terbabit tidak layak untuk menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini hari ini.

PPV DIAKTIFKAN SEMULA UNTUK MEMPERCEPATKAN PEMBERIAN DOS

Khairy juga berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan diaktifkan semula bagi mempercepatkan pemberian dos penggalak. Beliau berkata, cadangan pengambilan dos penggalak bagi semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac dan individu berusia 60 tahun ke atas disahkan Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 – Booster (CITF-B) pada 8 Disember lalu.

Katanya, sehingga kini Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dan vaksin AstraZeneca untuk digunakan sebagai dos penggalak.

Berikutan itu, Khairy berkata, pihak Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), melalui Kumpulan Penasihat Saintifik untuk Kecemasan (SAGE) mencadangkan supaya semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berumur 60 tahun dan ke atas tanpa mengira jenis vaksin siri primer perlu mengambil dos penggalak.

“Ia adalah bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap dan cadangan ini disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 – Booster (CITF-B) pada 8 Disember lalu,” katanya.

Beliau berkata, sejak WHO mengumumkan berhubung varian Omicron pada 24 November lalu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mula menjalankan ujian jujukan genomik.

Sumber: KKM, Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×