Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang telah mengambil suntikan vaksin terutama bagi anda yang mengikuti program sukarela vaksinasi AstraZeneca yang bermula bulan lepas bukan? Ramai yang telah berkongsikan kesan sampingan yang dialami dan ini menjadi pertanyaan buat yang masih belum sampai giliran sama ada perlu atau tidak mereka makan ubat penahan sakit atau Panadol sebelum atau selepas dicucuk? Jadi ini jawapan dari ahli farmasi.
Perlu ke nak makan Panadol? Nak makan sebelum atau selepas vaksin?
CDC (USA) tak recommend ambil painkiller sebelum cucuk vaksin untuk prevent vaccine-related side effects. Ambil ubat sebelum vaksin ni macam konsep prophylaxis, nak cegah dulu sebelum kena.
Jadi, lebih selamat kalau ambil Panadol selepas cucuk vaksin kalau korang ada demam atau sakit-sakit badan je. Kalau takde, tak perlu makan panadol. Paracetamol singkatan PCM.
1.PANADOL ACTIFAST (PCM 500mg, sodium 173mg)
Fungsi sodium untuk cepatkan penyerapan PCM dekat usus kecil. So, kita akan dapat effect dengan lebih cepat.
Sodium tinggi, tak sesuai untuk patient ada darah tinggi.
Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.
2.PANADOL OPTIZORB (PCM 500mg)
Ada calcium carbonate, alginic acic & crospovidone. Ubat akan lebih cepat hancur dalam badan. So, PCM lebih mudah & cepat diserap. Kesan seawal 15 minit.
Takde sodium, sesuai untuk patient ada darah tinggi.
Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.
3.PANADOL EXTRA (PCM 500mg, caffeine 65mg)
PCM + caffeine untuk kurangkan sakit yang teramat sangat. Headache, migraine, back pain, sakit gigi dsb.
Tak sesuai untuk wanita pregnant & breastfeed sebab ada caffeine.
Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.
4.PANADOL SOLUBLE (PCM 500mg, sodium 427mg)
Untuk patient yang susah nak telan ubat tablet. Just larutkan ubat dalam 1 gelas air.
Kandungan sodium tinggi, tak sesuai untuk patient yang ada darah tinggi.
Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.
5.PANADOL MENSTRUAL (PCM 500mg, pamabrom 25mg)
Untuk wanita yang ada senggugut masa datang haid. Macam mana?
Pamabrom ada kesan diuresis; dia boleh singkirkan lebihan air yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa datang haid.
Dos: 2 biji setiap 4-6 jam dalam sehari.
6.PANADOL EXTEND (PCM 665mg)
Ada 2 layer untuk panjangkan tempoh penyerapan ubat. Kesan ubat akan lebih lama iaitu sehingga 8 jam. Sesuai untuk pesakit kronik.
Tablet lain PCM 500mg, yang ni 665mg!
Dos: 2 biji setiap 6-8 jam (3 kali sehari je). Panadol lain 4 kali sehari.
7.Sebenarnya ada lagi Panadol lain, cuma tak famous sangat. Antara yang berdaftar di Malaysia:
PANADOL FOR COLD RELIEF PCM 500mg, Pseudoephedrine 30mg
PANADOL ALLERGY SINUS, PCM 500mg, Pseudoephedrine 30mg, Chlorpheniramine 2mg
PANADOL COLD + FLU – ND, PCM 500mg, Phenylephrine 5mg
Ingat ya, maksimum dos untuk paracetamol ialah 4000mg atau 4gram sehari. Jangan ambil lebih daripada yang sepatutnya.
Kurang sesuai untuk patient ada darah tinggi.
• Panadol Actifast (+ sodium)
• Panadol Soluble (+ sodium)
• Panadol Extra (+ caffeine)
Kalau refer journal ni, 250mg caffeine consumption boleh increase blood pressure by 4mmHg. So, walaupun takde sodium, Panadol Extra ada caffeine yang boleh increase BP jugak. Cuba elakkan.
Sumber: Amir Said