Asuh

Corak Tidur Bayi Mengikut Usia. Bagaimana Kalau Berjaga Malam?

280
SHARES
Corak tidur bayi

Setelah penat melahirkan bayi, mesti berasa seronok dan sangat bersyukur. Tapi lepas tu, orang kata mula lah fasa tak boleh tidur malam sebab kene ‘tune’ sikit dengan corak tidur bayi.

Ini kerana, walaupun bayi kerap tidur, tapi kalau dapat yang jenis berjaga tengah malam, payah juga kan?

Secara puratanya, bayi perlu bangun dan menyusu setiap 2-4 jam. Kadang-kadang sampai terpaksa mereka dikejutkan supaya ibu dapat menyusu.

Kalau tak, ibu kenalah pam sebab susu terlebih dan terlalu penuh hingga menitik atau bengkak.

Oleh itu, mari kita teliti serba sedikit tentang corak tidur bayi dan bagaimana kita boleh menyesuaikan diri dengannya.

Corak tidur bayi

Foto Kredit: popsugar.com

Corak Tidur Bayi Mengikut Usia

1. Fasa Pertama, Bayi 0-3 Bulan

Pada peringkat ini, bayi akan kerap tidur iaitu 16-17 jam sehari. Tetapi sebagaimana yang kita tahu, mereka juga akan kerap terjaga daripada tidur samada untuk menyusu, minta ditukar lampin, minta dimandikan atau pun perut kembung dan minta diurut.

Apabila usia mereka di lingkungan 4-8 minggu pula, mereka memerlukan 14-16jam tidur setiap hari. Dan pada 8 minggu, kebanyakan daripada bayi akan mula tidur sekejap-sekejap di waktu siang dan lebih lama di waktu malam.

Memang agak sukar untuk menetapkan waktu tidur kerana corak tidur bayi yang berusia seawal ini tidak boleh dipaksa atau ditetapkan dengan baik. Apa boleh buat, terpaksalah ibu bertahan melayan kerenah bayi sepanjang tempoh ini.

makan kurma

Foto Kredit: on.aol.com

2. Fasa Kedua, Bayi 4-6 Bulan

Setelah menjangkau fasa kedua ini, anda mungkin perasan jadual bayi anda mula tersusun dengan elok. Tidur sekejap di waktu siang dan tidur lebih lama di waktu malam.

Tetapi jika waktu tidurnya terbalik pula, tidur sekejap di waktu malam dan tidur lebih lama di waktu siang; anda perlu tabah mengikutnya dan jangan paksa beliau mengubahnya.

Pada usia 6 bulan, jika corak tidur bayi masih belum berubah kepada keadaan normal, anda boleh mula melatih bayi anda.

Kejutkan bayi jika dia tidur terlalu lama di waktu siang, supaya bayi akan merasa seperti tak cukup tidur dan diganti dengan tidur waktu malam yang lebih panjang.

Bayi anda akan bangun sekali dua setiap malam untuk menyusu.

risiko herba tradisional

Foto Kredit: babymed.com

3. Fasa Ketiga, Bayi 7-9 Bulan

Bayi sebesar ini memerlukan tidur yang kurang, iaitu 2-3 kali pada waktu siang. Secara umumnya, selepas bangun pagi, menyusu dan mandi; bayi akan sambung tidur. Disusuli dengan bangun pada waktu tengahari untuk menyusu lagi sekali, tukar lampin dan sebagainya; bayi akan sambung tidur semula.

Pada usia ini juga, bayi sudah mula belajar merangkak, berdiri, bertatih yang memerlukan tenaga yang banyak.

Ini juga di antara penyebab waktu tidur bayi akan terganggu dan anda perlu memastikan corak tidur bayi disusun dengan elok.

Pada waktu malam pula, bayi dijangka bangun sekali sahaja untuk menyusu.

7 Cara Asingkan Tempat Tidur Anak. Tips Mudah Untuk Pisahkan, Ada Hadis.

4. Fasa Keempat, Bayi 10-12 Bulan

Diharapkan pada fasa ini, corak tidur bayi akan berada di tahap normal dan tidur nyenyak sepanjang malam.

Pastikan di siang hari, bayi diberi makanan dan susu yang cukup. Juga boleh diselitkan aktiviti fizikal bagi menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan sihat bayi.

Jika masih tidak dapat tidur dengan teratur, anda boleh cuba memaksa bayi untuk mengikut jadual tidur yang disarankan.

Pada kebiasannya, bayi boleh mengikutinya dengan mudah. Pastikan waktu bangun dan waktu tidur adalah spesifik dan amalkan setiap hari secara konsisten.

Contohnya, bangun pagi pukul 7, tidur tengahari pukul 12, bangun semula pukul 2, main sampai ke petang, dan akhir sekali tidur malam pukul 8.

Latih Mengikut Corak Tidur Bayi Sejak Awal

Jika diasuh dari awal, corak tidur bayi bakal berkekalan sampai ke peringkat sekolah. Seperti sudah ada disiplin di dalam diri untuk memastikan jadual waktu harian diikuti dengan sebaiknya.

Namun, biasanya corak tidur bayi akan terganggu sedikit jika anda ‘traveling’ atau berada di tempat baru. Walau apa pun, yang penting anda tahu jumlah tidur yang diperlukan supaya bayi tidak terlalu letih.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×