Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula pada hari esok menyaksikan kerajaan terus berusaha keras untuk mengekang penularan COVID-19. Bermula esok, boleh dikatakan 95% pasaran ekonomi akan dibuka semula dan ramai dalam kalangan rakyat akan keluar bekerja termasuklah pembukaan taska atau tadika.
Namun, apa yang merisaukan orang ramai adalah adakah prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan operasi Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) sepanjang PKPB ini mudah untuk dipatuhi?
MACAM MANA NAK CEGAH KLUSTER TASKA?
Sudah hampir 2 bulan kita di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dan sering diingatkan bahawa penjarakan sosial, kebersihan tangan dan amalan Stay At Home adalah sangat penting. Namun, bagi ibu bapa yang terpaksa memulakan kerja pada 4 Mei ini, mereka terpaksa juga menghantar anak-anak ke pusat asuhan. Bagi mencegah perkara yang tidak diingini berlaku pada anak-anak anda, pihak taska atau tadika perlukan mengamalkan SOP ketat sebelum memulakan perniagaan.
Penting untuk pihak taska mengamalkan social distancing dalam kalangan kanak-kanak di pusat penjagaan. Ini termasuk mengasingkan mereka mengikut kumpulan.
Batalkan aktiviti seperti sambutan hari lahir dan pastikan jarak anak-anak ketika tidur adalah lebih kurang 6 kaki.
Penting juga untuk ibu bapa mengenalpasti tahap kesihatan anak-anak. Pastikan anak yang kurang sihat tidak dihantar ke pusat penjagaaan ya!
*Ingat bahawa kali ini kejaaan menangani wabak ini berada di tangan kita sendiri. #KitaMestiMenang
Sumber: Public Health