Masalah terjaga tengah malam dan sukar untuk lena kembali memang boleh menjejaskan kualiti hidup, terutama jika ia berlaku hampir setiap hari. Keadaan ini sering dikaitkan dengan insomnia jenis “sleep-maintenance”, iaitu keadaan di mana seseorang mudah terbangun dan sukar untuk tidur semula.
Menurut Healthline, terdapat beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk membantu tubuh dan minda kembali tenang.
Baca juga: Semput Naik Tangga Rupanya Disahkan Tibi, ‘Survivor’ Ini Kongsi Terpaksa Makan Ubat Selama 180 Hari!
5 CARA TIDUR SEMULA JIKA TERJAGA TENGAH MALAM

Gambar hiasan: Gemini AI
1. Tutup atau halang bunyi bising
Jika anda terjaga kerana bunyi bising dari luar seperti kenderaan atau suara orang, cuba tutup tingkap atau pintu untuk mengurangkan gangguan tersebut.
Untuk menutup bunyi dengan lebih berkesan, anda juga boleh cuba:
- Menggunakan penyumbat telinga
- Menghidupkan kipas
- Memasang bunyi “white noise” (bunyi latar seperti desiran angin atau hujan)
Menurut satu kajian semakan pada tahun 2021, bunyi white noise didapati boleh membantu meningkatkan kualiti tidur bagi sesetengah individu. Namun begitu, keputusan kajian adalah bercampur dan penyelidikan lanjut masih diperlukan untuk mendapatkan bukti yang lebih kukuh.
2. Elakkan melihat jam
Merenung jam ketika tidak boleh tidur boleh membuatkan anda semakin cemas kerana asyik memikirkan masa yang semakin berlalu. Malah, ada yang mencadangkan supaya jam loceng dialihkan atau tidak diletakkan berhampiran katil.
- Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2019 mendapati bahawa kebimbangan (anxiety) dan kesukaran untuk tidur, saling berkait.
- Individu yang mengalami kebimbangan cenderung risau tentang sama ada mereka boleh tidur atau tidak.
- Dalam masa yang sama, mereka yang sukar tidur juga lebih mudah berasa cemas.
Baca juga: Mata Tiba-Tiba Sepet Selepas Beberapa Bulan Lahir, Rupanya Adam Hidap Kanser Saraf Tahap 4

Gambar hiasan: Gemini AI
3. Jauhkan skrin telefon dan peranti elektronik
Matikan semua peranti elektronik seperti telefon, tablet atau televisyen apabila terjaga pada waktu malam. Bunyi notifikasi boleh membuatkan anda semakin sukar untuk tidur semula.
Selain itu, telefon pintar dan peranti elektronik mengeluarkan cahaya biru yang boleh mengurangkan penghasilan melatonin dalam badan.
Melatonin ialah hormon yang berfungsi mengawal ritma sirkadian (jam biologi badan) serta kitaran tidur dan bangun. Jika penghasilannya terganggu, anda mungkin lebih sukar untuk kembali lena.
- Menurut kajian semakan pada tahun 2021, penggunaan cermin mata penapis cahaya biru merupakan pilihan yang lebih murah dan berpotensi membantu meningkatkan kualiti tidur.
- Namun begitu, dapatan kajian masih bercampur dan memerlukan lebih banyak penyelidikan lanjut.
4. Fikirkan perkara membosankan
Kajian pada tahun 2018, mendapati ramai orang berasa lebih mengantuk apabila melakukan perkara yang membosankan.
Teknik klasik seperti mengira kambing atau memikirkan sesuatu yang tidak merangsang boleh membantu mengalihkan fikiran daripada rasa gelisah.
5. Dengar muzik yang menenangkan
Muzik perlahan atau instrumental boleh membantu menenangkan fikiran. Pilih jenis muzik yang sesuai dengan citarasa sendiri kerana setiap individu berbeza.
Kajian pada tahun 2018 mendapati citarasa individu memainkan peranan penting dalam menentukan jenis muzik yang sesuai untuk membantu tidur.
Jika anda kerap mengalami gangguan tidur berpanjangan, sebaiknya dapatkan nasihat profesional kesihatan kerana masalah tidur kronik boleh memberi kesan kepada emosi, fokus dan kesihatan fizikal secara keseluruhan.
Baca juga: Jangan Buang! Ini 10 Tumbuhan Liar Disangka Rumpai Tapi Sebenarnya ‘Stok Ubat’ Hidup Kita
Sumber: Healthline
FT Image: Gemini AI
