DIY & Kraf

Cara Tanam & Jaga Pokok Kucai, Baru Lebih Subur!

1.1K
SHARES

Kucai merupakan antara tanaman paling sesuai ditanam di rumah kerana cara penjagaan agak mudah berbanding tanaman lain. Kalau anda bercadang mahu menanam pokok kucai di rumah, pastikan anda ikut tips yang dikongsi oleh Yuziyana di laman Facebook. Memang pokok kucai lebih subur dan panjang! Tak rugi kalau cuba…

Baca juga: Cara DIY Baja Organik Untuk Semua Jenis Pokok, Tumbuh Lebat & Subur!

CARA TANAM & JAGA POKOK KUCAI, BARU LEBIH SUBUR!

Baja organik seperti baja kopi, baja soya, baja taik ayam, baja taik kambing dan air beras merupakan baja paling sesuai untuk pokok kucai.

Tanah paling sesuai: tanah hitam berpasir, tanah kompos, tanah organik, tanah sawit atau apa-apa tanah yang poros dan subur.

Tanah paling tak sesuai untuk kucai: Topsoil(tanah merah) atau apa-apa tanah yang keras.

Cuaca 

– Full matahari dari pagi sampai petang. Separa teduh jika musim terlalu panas.

*Elakkan dedahan cahaya lampu pada waktu malam. Cahaya lampu menyebabkan pokok stress dan akan keluar bunga. Kucai berbunga selalunya lebih kurus.. Tapi kalau kerap tuai, tiada masalah sangat.

Siram 2 kali sehari dah memadai. Musim panas, 3 kali sehari.

Kekerapan tuai 2 minggu sekali. Tapi kalau musim kemarau boleh terlajak 3 minggu sekali sebab kucai lambat membesar kalau musim kemarau.

Kucai perlu kerap dituai untuk elak dari keluar bunga. Bunga menyebabkan kucai kurus dan lama-lama akan mati.

Cara nak bagi kucai cepat membiak: 

– Letak tempat teduh. Kucai akan jadi halus tapi banyak keluar anak.

– Bila dah banyak anak, pecahkan dan tanam semula dalam pasu/Polibag lain.

– Kucai yang terdedah tempat panas lebih gemuk tapi lambat sikit membiak.

– Kucai tempat teduh pula cepat membiak tapi daun halus je. Alihkan semula ke tempat panas jika nakkan kucai yang gemuk-gemuk.

Sumber: Facebook Yuziyana Yusop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×