Famili

Sudah Tiba Masanya Untuk Bayar Zakat Pendapatan 2024, Ini CARA KIRA Ikut 3 Jenis Kaedah

7
SHARES
pengiraan zakat pendapatan

Sebagai seorang Muslim yang mencari dan menerima nafkah yang halal, sudah tiba masanya untuk anda melakukan pengiraan zakat pendapatan bagi tahun 2024. Hal ini kerana, menunaikan zakat merupakan kewajiban bagi kita yang beragama Islam dan kena dengan tempoh bakal berakhirnya tahun 2024.

Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak arif tentang cara mengira zakat pendapatan ini jadi, berikut merupakan perkongsian cara untuk anda mengiranya dengan betul. Bila dah tahu cara kira dan jumlah bayaran, barulah boleh tunaikan tanggungjawab kan?

Baca juga: Ini Rupanya Beza Zakat Pendapatan Dan Zakat Simpanan, Wajib Ambil Tahu!

CARA PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN 2024

Dah tiba akhir tahun ni, masa untuk keluarkan zakat pendapatan anda. Ada 3 kaedah kiraan:

1. Guna jadual potongan gaji (paling mudah).
2. Kiraan dengan tolakan asas Kifayah.
3. Kiraan tanpa tolakan.

1. Guna jadual potongan gaji.

pengiraan zakat pendapatan

Ini kaedah paling mudah. Tengok berapa gaji kasar anda dekat jadual bawah ini dulu.

• Bujang gaji kasar lebih RM3,500 baru wajib bayar zakat.
• Berkahwin anak 2 (KA2) gaji RM4.7k, zakatnya RM49 sebulan.
• Kalau anak 3 orang (KA3), gaji RM5.1k sebulan baru kena zakat dan seterusnya.
• Warna Oren tak layak zakat. Tapi digalakkan untuk kira dan bayar zakat untuk harta-harta lain juga.

2. Kiraan dengan tolakan Kifayah.

Ini kiraan zakat yang lebih tepat. Maksudnya pendapatan yang kita terima, tolak perbelanjaan asas dibenarkan.

Perbelanjaan Asas?
Diri, Tanggungan, KWSP, Tabung Haji.

Ini detail tolakan (berubah setiap tahun)

pengiraan zakat pendapatan

Basic Kiraan: [GAJI KASAR] – [TOLAKAN ASAS] = BAKI

[BAKI lebih dari Nisab (RM27,696)] x 2.5% = ZAKAT
Jika BAKI kurang dari Nisab = Tak wajib zakat.

Contoh:

Gaji Kasar Sebulan : RM5,000 (RM60k setahun)
Tolakan Asas : RM20,000
Nisab (harga 85 gram emas) : RM27,696

Cara Kira Zakat Pendapatan:
RM60,000 – RM20,000 = RM30,000 (lebih Nisab, wajib bayar zakat)

RM30,000 x 2.5% = RM750

Zakat Pendapatan 2024 : RM750

Untuk kiraan lebih tepat, digalakkan untuk guna Kalkulator Zakat Pendapatan.

3. Kiraan Tanpa Tolakan.

Kaedah ini biasanya digunakan oleh individu yang berpendapatan tinggi. Upper M40 atau T20. Biasanya cukai pendapatan mereka 15-28% dari pendapatan tahunan mereka. Jadi kalau kena keluarkan zakat 2.5%, itu tak menjadi masalah untuk mereka.

Basic Kiraan:
[GAJI KASAR] x 2.5% = JUMLAH ZAKAT

Contoh:
Gaji Kasar Tahunan : RM150,000

RM150,000 x 2.5% = RM3,750

Bagi nak buat BAYARAN ZAKAT boleh bayar secara ONLINE di sini.  Semua bayaran Zakat Pendapatan ini layak mendapat rebet cukai LHDN 100%. Ini kelebihan kepada semua pengeluar zakat Zakat di Malaysia.

Contoh:

Cukai LHDN Setahun : RM5,000
Bayar Zakat : RM2,000
Cukai sebenar dibayar kepada kerajaan : RM3,000

*Jadi, jangan lupa untuk jelaskan bayaran ya!

Baca juga: Zikir Untuk Ibu Yang Kepenatan Bekerja Dan Urus Anak, Amal Ini Supaya Lebih Bertenaga!

Sumber: X @FaisalRahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×