Famili

[VIDEO] Gara-Gara Nak ‘Selamatkan’ Ultraman, TV Yang Retak!

3.4K
SHARES

Seperti yang kita tahu, memang anak-anak akan mempunyai karakter kartun atau superhero yang menjadi pujaan hati bukan? Pergi kemana sahaja akan dibawa patung atau alat mainan kegemaran dan selalu berlakon seolah-olah mereka juga merupakan karakter tersebut.

Baca juga: Cara Screen Mirroring Dari Telefon Pintar Ke TV, Baru Puas Full Screen!

NAK SELAMATKAN ULTRAMAN, TV YANG RETAK!

Terbaharu, tular di laman Facebook memaparkan situasi ini, apabila seorang kanak-kanak yang sedang begitu asyik menonton kartun ‘superhero’ Ultraman di dalam rumahnya telah menyebabkan TV di rumahnya rosak.

Apa yang dibuatnya adalah kerana terlampau menjiwai watak untuk menolong adiwira kesayangannya itu melawan karakter jahat, dia telah membaling permainannya bagi menyelamatkan adiwiranya itu. Video berdurasi selama satu minit itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Facebook.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial, sehingga kini ianya telah mendapat lebih 1 juta tontonan oleh pengguna Facebook. Habis kena beli televisyen baru!

Sumber: NowThis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×