Deko & Hias

DIY Kabinet TV Tanpa Cat Dengan Kos Bawah RM500. Siap Berlampu Lagi, Memang Cun & Jimat

87
SHARES
Diy kabinet tv

Kalau kita letakkan TV dekat ruang tamu, elok sangatlah kalau kita buatkan satu kabinet TV yang sesuai kalau kita nak ruang tu nampak cantik.

Lagi satu, penggunaan kabinet TV yang sesuai juga boleh menyembunyikan wayar yang berselirat, sekaligus memastikan keselamatan terutamanya bagi rumah yang ada anak kecil.

Sememangnya kalau nak tempah kabinet TV ni agak mahal harganya.

Tapi bagi yang rajin nak cuba buat sendiri, sebenarnya boleh je.

Di sini kami kongsikan cara DIY kabinet TV tanpa cat dengan kos bawah RM500 je.

Jom tengok perkongsian oleh Ray Didek melalui Facebook ini.

DIY Kabinet TV Tanpa Cat Dengan Kos Bawah RM500

Saya berminat nak share Projek DIY Kabinet TV Wall Mounted tanpa menggunakan cat.

Anggaran kos bawah RM500 (untuk harga barang sahaja).

Bagi yang berminat nak cuba buat sendiri bolehlah buat rujukan dan penambahbaikan mana yang patut.

Di sini saya senaraikan bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

  1. Plywood 18mm = 1 unit (4ft x 8ft)
  2. Plywood 12mm = 1 unit (4ft x 8ft)
  3. Wallpaper (Black) = 1 unit (5m)
  4. Wallpaper (White) = 1 unit (5m)
  5. Wallpaper (Walnut Wood) = 1 unit (<5m)
  6. Hardwood (1inch x 6inch) = 1 unit 12ft (belah jadi 1inch x 3 inch)
  7. Chasing (White) 2 inch = 1 unit
  8. Laminated Plywood 3mm (White) = 1 unit (4ft x 8ft)
  9. Door Hinge (concealed type) = 6 units
  10. TV Bracket = 1 unit
  11. 3 pin Socket (2 Gang) = 2 units
  12. 2 Gang Switch = 1 unit
  13. LED Eyeball Downlight (1W) = 2 units
  14. LED T5 (5W) = 4 units (recommanded use LED strip Light)
  15. L-Shaped Brackets = 10 units
  16. 1.5mm & 2.5mm Cable
  17. Skrews
  18. Magnetic Catches = 3 units

Cara Pemasangan

Untuk langkah pemasangan, boleh rujuk gambar dan penerangan di bawah ini.

1. Buat lakaran kabinet mengikut design kesukaan sendiri atas kertas.

diy kabinet tv

2. Potong papan mengikut ukuran yang telah ditetapkan.

3. Lekatan papan tadi pada dinding mengunakan skru simen (saya guna skru panjang 3 inchi). Pastikan tebuk dinding dulu sebelum masukan skru.

4. Pasangkan chasing untuk menyimpan cable nanti.

Diy kabinet tv

5. Potong plywood 18mm untuk kabinet mengikut ukuran yang ditetapkan (saya potong guna circular saw).

6. Haluskan plywood tadi mengunakan kertas pasir (saya guna orbit sander).

7. Potong & Lekatkan wallpaper pada plywood (saya lebihkan sikit ukuran wallpaper dari ukuran plywood).

diy kabinet tv

ini contoh wallpaper saiz 60cm x 5m. Saya beli di Shopee

diy kabinet tv

8. Potong plywood 12mm mengikut ukuran yang ditetapkan. Plywood ni saya guna untuk back ground cabinet.

9. Lekatkan Laminated plywood 3mm warna putih pada plywood 12mm tadi menggunakan gam kayu (jenis CA).

10. Selepas kering, pasangkan plywood tadi pada dinding. Cantumkan pada papan di dinding tadi menggunakan skru.

diy kabinet tv

11. Pasangkan L-shaped bracket pada kabinet dan pasangkan kabinet pada dinding (cantumkan dengan plywood 12mm yang dah dibalut dengan laminated plywood).

12. Tutup laluan cable menggunakan plywood 12mm yang telah dipotong.

13. Proses tambahan untuk sembunyikan skru.

14. Saya buat ukuran tebal muat² untuk pasang LED eyeball downlight lebih kurang 3-4 cm tebal.

15. Pasangkan TV Bracket, 3 pin Socket & LED eyeballs down lights.

16. Pasangkan pintu kabinet (saya guna plywood 18mm untuk pintu kabinet).

17. Bahagian tambahan. Floating rack.

Saya buat macam ni je untuk sembunyikan skru.

ini door hinge yang saya gunakan. Beli di kedai hardware.

Diy kabinet tv

ini Magnetic Catches yang saya guna. Beli di kedai hardware.

diy kabinet tv

ini L-Shaped bracket yang saya guna beli di DIY.

Diy kabinet tv

Setelah semua siap pasang. Dah dirasmikan kumpulan Bulus .

Diy kabinet tv

Extra.. saya tambah satu lagi 3 pin plug untuk sembunyikan cable TV.. Saya gunakan sekali ada port USB sebab saya nak pasang LED strip light yang guna USB.

Diy kabinet tv

Saya pasang di belakang TV mcmni.

 

Hasil Sebelum Dan Selepas

Siap!

Beginilah hasilnya sebelum dan selepas.

Oklah kan… Puas hati dapat buat satu macam ni.

Cuma perlukan sedikit kerajinan dan kos yang berbaloi.

Selamat mencuba!

*Sumber posting asal : https://www.facebook.com/785174754/videos/pcb.1148279938890196/10157658629169755

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×