Famili

Cara Padam Akaun Lama MySejahtera & Daftar Akaun Baharu

145
SHARES

Bagi memudahkan urusan pendaftaran vaksin, kerajaan sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi MySejahtera untuk orang ramai mendaftarkan diri mereka sebagai penerima vaksin. Namun, terdapat juga beberapa individu yang mengalami masalah seperti mendaftarkan nombor telefon yang sudah tidak digunakan lagi.

Bagaimanakah cara penyelesaian terhadap masalah tersebut? Jangan risau, mari kami kongsikan bagaimana langkah-langkah yang harus dilakukan untuk memadam akaun lama MySejahtera dan mendaftar akaun baharu.

Baca juga: Cara Tukar Maklumat Dependent Daripada Akaun Orang Lain ke Akaun MySejahtera Sendiri

CARA PADAM AKAUN LAMA MYSEJAHTERA & BUAT BAHARU

Ini cara padamkan akaun MySejahtera yang lama, yang menggunakan nombor telefon tidak aktif/telefon hilang/e-mel tidak aktif dan sebagainya

PENTING: Buka dekat Chrome (jangan sesekali buka dekat MySejahtera) Ikut step by step yang saya ajar ye. Inshaallah boleh buat tu. 

1. Pergi dekat Google Chrome dan search MySejahtera HELPDESK.

2. Tekan mula dan pilih huruf C (Baca isu sebelum pilih ye. Selalu huruf bertukar-tukar) Kemudian tekan G

3. Masukkan ID PENGGUNA MySejahtera yang lama (tolong faham yang lama. Kalau ID PENGGUNA MySejahtera nombor telefon, masukkan nombor telefon. Kalau ID PENGGUNA MySejahtera e-mel,masukkan e-mel)

4. Selepas tekan hantar. Tunggu e-mel yang akan dihantar kemudian. Ni e-mel pertama (abaikan pun tak apa. jangan gatal tangan nak balas e-mel ni)

5. E-mel kedua (e-mel ni penting. Baca betul-betul e-mel ni, kalau sebiji macam ni boleh ke step seterusnya ye dan e-mel akan ambil masa ye. Kalau nasib anda baik,sekejap jer kalau sistem jem, tak mustahil anda kena tunggu 5 hari)..

6. Buka account MySejahtera(kalau tak de lagi,boleh daftar dulu ye) tekan COVID-19 VACCINATION dan tekan Vaccine for (nama anda)

7. Nanti akan jadi macam ni (tengok ejaan nama,ic dan nombor telefon..kalau salah boleh edit) lepas tu,tekan CONFIRM..

8. Jawab semua soalan (soalan nombor 1 tu penting, jawab YA) soalan lain atas diri anda ye (soalan 4 pun penting juga,search alamat biar sampai keluar peta dalam petak tu) Tekan submit dan close.

9. Dah siap dan akan keluar maklumat vaksinasi masing-masing.

*Jangan lupa daftar vaksin!

Sumber: Siti Nur Zulaikha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×