Famili

Cara Tukar Maklumat Dependent Daripada Akaun Orang Lain ke Akaun MySejahtera Sendiri

1.5K
SHARES

Pendaftaran bagi mendapatkan vaksin di negara kita semakin meningkat dan sehingga hari ini 80.9% individu sudah menerima dos suntikan yang pertama.

Bagi memudahkan urusan pihak berkuasa membolehkan seseorang untuk mendaftar ahli keluarga mereka menjadi tanggungan di aplikasi MySejahtera. Namun, sekiranya tanggungan mahu menukar maklumat tersebut ke telefon bimbit mereka, ini merupakan langkah-langkah yang boleh dicuba.

Baca juga: Pendaftaran Vaksin Untuk Kanak-Kanak & Remaja Dibuka, Ini Cara Daftar

CARA TUKAR MAKLUMAT DEPENDENT KE AKAUN MYSEJAHTERA SENDIRI

Peringatan : Pastikan anda selesai suntikan 2 dos vaksin dan TELAH MUNCUL digital certificate terlebih dahulu (pengalaman saya sendiri).

Bagi kes belum dapat tarikh, belum vaksin, atau baru vaksin dos pertama juga boleh juga cuba menggunakan cara ini. TAPI SAYA TAK PERNAH CUBA. Walau bagaimanapun, Pastikan aplikasi MySejahtera anda dan OS handphone anda up to date. 

Pendekkan cerita, saya telah lengkap dua dos vaksin. Alhamdulillah. TETAPI digital certificate saya kini berada di Aplikasi MySejahtera suami saya. Memula rasa okay je, takde hal la.. kita ada kad putih temujanji tu sebagai bukti. 

Namun begitu, saya khuatir jika selepas ini operasi sekatan jalan raya atau SOP utk memasuki mana² premis/kawasan mereka nak lihat digital certificate tadi. Takkan saya nak usung handphone suami saya?

1. Buka aplikasi MySejahtera dan klik pada Covid-19 Vaccination

2. Klik pada bulatan Vaccine itu

3. Semak maklumat sebelum tekan confirm dan tekan Ok

4. Jawab kesemua soalan, tekan submit dan ok

5. Selesai jawab soalan tekan close dan secara automatik maklumat vaksinasi akan dipaparkan di akaun MySejahtera sendiri.

Mudahkan? Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Siti Nursoleha Nawawi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×