Famili

Pendaftaran Vaksin Untuk Kanak-Kanak & Remaja Dibuka, Ini Cara Daftar

336
SHARES

Pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera. Perkara itu disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) pada Rabu. Katanya, pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.

Baca juga: Ibu Hamil, Menyusu Dah Boleh Suntik 3 Jenis Vaksin Ini

DAFTAR VAKSIN KANAK-KANAK & REMAJA, IMUNISASI BERMULA OGOS

Foto: Public Health

Langkah untuk mengimunisasi kanak-kanak dan remaja berlaku setelah persetujuan Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional (NPRA) baru-baru ini untuk penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur sekurang-kurangnya 12 tahun.

Ini juga sejajar dengan fasa kelima Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk memulakan imunisasi mereka yang berada dalam kumpulan umur itu pada bulan Ogos, manakala calon yang menduduki SPM dan STPM pula dijangka akan mendapat vaksinasi mulai Julai 2021.

Dalam sebuah posting di Facebook, KKM juga memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

Cara Daftar Vaksin Untuk Anak 12 Tahun Ke Atas Di MySejahtera

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas di aplikasi MySejahtera.

1.Buka aplikasi MySejahtera.

2.Tekan butang COVID19 Vaccination.

3.Tekan menu Add Vaccine Dependent.

4.Tekan pada nama anak / tanggungan yang ingin didaftarkan vaksin COVID19.

5.Tekan butang Proceed.

6.Sahkan maklumat nama dan nombor IC yang dipaparkan dengan menandakan tick pada pengesahan.

7.Selesai. Anak anda kini telah didaftarkan.

Sumber: Astro Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×