Famili

Cara Nak Pantau Lokasi Anak & Pasangan Guna Maps

684
SHARES
aplikasi maps

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak tahu bahawa anda boleh ‘track’ lokasi anak-anak atau pasangan menggunakan aplikasi Maps di dalam telefon. Penting dan sangat sesuai digunakan ketika keluar berjalan-jalan ketika bercuti, teknik ini boleh memantau pergerakan anak-anak dan pasangan bagi mengelakkan mereka hilang. Jom tengok macam mana nak cara nak buat.

Baca juga: Cara Semak Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Pasangan Sebelum Kahwin

CARA NAK PANTAU LOKASI ANAK & PASANGAN GUNA MAPS

Harini aku nak share satu teknik memantau lokasi ahli keluarga secara percuma. Sebab ramai sangat yang mengadu risau anak-anak dekat rumah ke ke mana ke, anak-anak entah ke mana.. pulak tu time cuti-cuti Malaysia, ramai-ramai jalan berpecah pun semua entah kemana…tak boleh tracking. Atau pun paling best, nak cari wife kat pasar malam.

Nak monitor wife balik keje on de way, kita nak masak sedap-sedap ngam-ngam dia sampai depan pintu, lauk ready atas meja dengan lilin panjang dah nyala, pun boleh. Takde la lilin tu dah pendek baru wife sampai umah kann. Tujuannya adalah untuk kebaikan. Kalau kejahatan, tu korang dosa sendiri tanggung.

Caranya untuk anak-anak.

1. Pinjam handphone anak kejap 10 minit je.

2. Masuk apps MAP, dan ON kan location sharing.

3. Share location kepada alamat Gmail handphone kita. Selesai.

4. Selagi GPS handphone anak-anak on, dan ada data, kita boleh tengok location dorang di Google Map handphone kita.
Kalau handphone pasangan pun sama la..kena pinjam jap.. bagus untuk pantau lokasi semasa ahli kuarga. Seperti semasa holiday atau ke New York, Australia ke..App MAP ye bukan GOOGLE.

p/s: Tujuan nye BUKAN untuk spy yer..tapi untuk keselamatan ahli keluarga. Yang korang pikir nak spy-spy tu, check hati. Banyakkan berzikir. Selamat mencuba.

Sumber: Firdaus Yusoff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×