“Anak Fatimah tu senang je nak makan, kenapa anak aku ni nak suruh makan pun kemain susah!”
Berbeza bagi setiap kanak-kanak yang sedang berada dalam proses pembesaran dimana ada yang berselera untuk makan dan ada juga yang memang susah nak makan. Sampai si ibu pun risau kerana berat badan anak susah sangat nak naik dan bimbang akan ada masalah kesihatan yang lain. Makan banyak sangat pun risau, tak suka makan pun risau juga. Oleh itu, apa kata anda cuba langkah yang diambil oleh si ibu untuk menggunakan resipi pakar pemakanan untuk menaikkan selera makan anaknya. Memang menjadi!
ANAK DARI BERAT 6 KG DAH BOLEH NAIK KE 8 KG?
Sapa sini ada masalah anak kecil kurang berat badan? Anak kurang selera makan. Meh mummy share resepi yang buat berat badan anak mummy dari 6 kilo lebih ja naik terus jadi 8 kilo lebih dalam masa sebulan ja. Resepi ni pakar pemakanan yang bagi dekat mummy. Anak mummy sampai kena jumpa pakar pemakanan pasai haluih sangat. Mummy try ikot hat dia habaq tu alhamdulillah naik la jugak berat dia.
Bahan-bahan
-nasi panas dicampur dengan beberapa titik minyak zaitun. ( kalau xdak letak butter @ minyak masak. Jangan tibai minyak gas sudah nahh)
-ubi kentang yang digoreng terlebih dahulu.
-isi ayam ( hiris halus-halus & goreng)
-bawang holand ( hiris halus & goreng) *xdak bawang holand bawang merah biasa pun xpa. Tapi mummy suka guna holand sebab dia manis sikit.
Cara-cara
– Gaulkan nasi tadi bersama-sama ubi kentang yang telah digoreng tadi dan lenyek-lenyekkan sampai ubi tu hancoq. Takmau ada keras-keras tau sebab takmau anak terlekat. Lepastu masukkan semua bahan-bahan tadi. Gaul sampai semua sebati. Lepastu terus kepal-kepal jadi bentuk bola kecil-kecil.
-Make sure nasi tu panas-panas baru senang dikepal ok. Tunggu sejuk baru hidangkan untuk anak-anak. Biaq anak makan sendiri baru dia enjoy nak makan. Berselerak tarak pun lantak pi. Janji mau makan jaa. Resepi ni untuk anak kecil yang sudah tumbuh gigi. Untuk yang atas 2 tahun boleh tambah sedikit garam @ perasa.
*Bagi anda yang selalu mencuba bermacam-macam cara untuk menambah selera anak untuk makan tu, apa kata cuba juga petua yang diberikan ini. Semoga berjaya!
Sumber: Nur Farah Haniem