Hebahan

DoktorBudak.com – Dapatkan Nasihat Kesihatan Secara Percuma!

114
reads
DoktorBudak.com - Dapatkan nasihat kesihatan secara percuma!

Pada 3 September 2014 yang lalu, projek komuniti di bawah badan NGO, Malaysia Advocates for Child Health, iaitu DoktorBudak.com telah dilancarkan bertempat di acara Urban Mom 2014, One Utama.

Dengan laman web dan rekabentuk baru, sekumpulan doktor pakar kanak-kanak ini cukup komited untuk menjawab persoalan ibu-bapa tentang kanak-kanak mereka. Tentu sekali soalan-soalannya bukannya yang berbentuk kecemasan atau ’emergency’.

Hanya bermula dengan dua orang doktor pakar kanak-kanak, kini telah berkembang menjadi sebuah pasukan sukarela yang mempunyai lebih 27 pakar perubatan. Ini adalah pasukan sukarelawan pakar perubatan yang terbesar setakat ini di Malaysia dan dijangkakan terus berkembang. Pakar perubatan yang menjadi ahli panel menyumbang masa peribadi mereka untuk menjawab soalan daripada ibu bapa yang ingin tahu mengenai pelbagai topik mengenai anak-anak mereka.

DoktorBudak.com - Dr Zahilah Filzah Zulkifli & Dr Foo Chee Hoe

Foto Asal: DoktorBudak.com

Pengasas bersama laman web Dr Zahilah Filzah Zulkifli, seorang pakar kanak-kanak di hospital kerajaan menegaskan bahawa format soal jawab melalui laman web bukanlah bermaksud untuk menggantikan nasihat doktor. “Kami benar-bernar berharap, kehadiran DoktorBudak.com adalah sebagai satu platform untuk ibu bapa yang prihatin untuk bertanya mengenai keadaan perubatan anak-anak mereka. Ia penting supaya mereka sentiasa bersedia dengan maklumat penting kesihatan untuk mengelakkan keadaan yang lebih teruk.”

“Matlamat kami adalah untuk memberi kuasa kepada ibu bapa dengan membuat keputusan yang lebih baik untuk anak-anak sendiri. Kami percaya bahawa Internet adalah cara yang terbaik pada zaman moden ini”, kata pengasas bersama yang lain dari laman web, Dr Foo Chee Hoe.

Bertempat di One Utama, Ronald Lim, pengasas Think Tank Productions yang merupakan penganjur Urban Mom 2014 berkata, “Pada acara Urban Mom 2014 ini, perbincangan mengenai topik-topik kesihatan kanak-kanak di antara ibu bapa dan pasukan sukarelawan DoktorBudak.com adalah melalui format rancangan bual bicara interaktif. Kami menjangkakan tindak balas yang memberangsangkan daripada ibu bapa dan sesiapa sahaja yang benar-benar menghargai kerja semua sukarelawan di pasukan DoktorBudak.com”.

Antara topik yang di ketengahkan di acara Urban Mom 2014 adalah:
• Apakah risiko-risiko dalam vaksin yang?
• Jika bayi kembung, adakah ini normal?
• Susu lembu, susu kambing atau susu soya?
• Kembali ke medan kerjaya bagi ibu-ibu yang tidak bekerja

Urban Mom 2014 yang bukan berasaskan keuntungan dibawakan oleh penaja seperti – DoktorBudak.com, Wyeth Nutrition, Marie France Bodyline, Talent Corporation Malaysia, KidZania Kuala Lumpur, The Big Little Club, Sanrio HELLO KITTY TOWN, LAT’s Place, Printit, Johnson’s Baby, Oat BG22 dan Michelle Wong PhotoArtistry.

Mengenai Urban Mom 2014

Satu program keibubapaan dengan kerjasama sukarelawan pakar perubatan dari DoktorBudak.com. Bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan petua praktikal tentang kesihatan kanak-kanak dan nutrisi. Membawakan acara 5 hari, dari 3 September hingga 7 September 2014 bertempat di 1 Utama Shopping Centre, Highstreet, Ground Floor. Program termasuk segmen bual bicara secara langsung antara ibu bapa dan pasukan pakar perubatan sukarelawan DoktorBudak.com. Menyediakan ruang dan masa yang cukup menyeronokkan untuk kanak-kanak dan aktiviti keluarga yang menarik yang lain.

Untuk maklumat lanjut – http://www.urbanmom.com.my

Mengenai DoktorBudak.com

Platform atas talian untuk semua ibu bapa mendapatkan nasihat bukan kecemasan percuma tentang kanak-kanak dan pelbagai topik-topik kesihatan yang lain. DoktorBudak.com dibina dan diuruskan oleh satu panel sukarela pakar-pakar perubatan yang terdiri daripada sekumpulan pakar pediatrik, doktor gigi pediatrik, pakar bedah pediatrik , pakar dermatologi pediatrik, pakar psikiatri kanak-kanak, ahli terapi pertuturan dan pakar pemakanan. Buat masa ini, terdapat 27 pakar perubatan yang berdedikasi dan bilangan dijangka berkembang.

Untuk maklumat lanjut – www.doktorbudak.com

Yang Popular

To Top