Bila dah jadi ibu bapa ni, memang dah tak fikir sangat pasal diri sendiri. Semuanya pasal kebaikan anak-anak. Samalah juga bila nak pilih produk yang terbaik untuk bayi tersayang. Biarlah orang nak cakap kita ni ibu yang cerewet ke apa, asalkan si manja dapat perlindungan yang sepenuhnya.
Anda yang dah jadi ibu tu, mesti boleh relate kan? Bila nak beli produk untuk si manja, mesti nak teliti dan belek dulu kandungan serta bahan-bahan yang digunakan sesebuah jenama sebelum membeli supaya tidak memudaratkan si manja nanti.
Haa..untuk memudahkan ibu bapa di luar sana, ni kami nak kongsikan satu jenama pilihan No. 1 ibu-ibu di Malaysia1 iaitu JOHNSON’S® ! JOHNSON’S® baru-baru ini tampil dengan rangkaian produk baharu yang bukan saja diperbaharui dari segi formula, malah diberi wajah baharu supaya anda mudah memahami kandungan dan keperluan yang berbeza buat si manja!
DIPERBAHARUI DENGAN FORMULA ULTRA GENTLE, KERANA SI MANJA PERLUKAN YANG PALING ‘GENTLE’!
Bila nak cari sesuatu produk, dah tentu kita nak produk yang selamat dan lembut untuk kulit si manja kan? Untuk pengetahuan anda, rangkaian produk bayi JOHNSON’S® yang baharu ini lebih lembut dengan formulasi Ultra Gentle.
Ia mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna2, dan dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang berkembang. Maknanya, ia memang selamat dan ‘gentle’ untuk si manja anda!
Menurut JOHNSON’S®, rangkaian produk bayi JOHNSON’S® yang baharu ini bukan diperbaharui dari segi proses formulasi sembarangan, tetapi ia merupakan proses menghasilkan semula rangkaian penjagaan bayi JOHNSON’S® secara keseluruhan dari perspektif pengguna atau ibu bapa.
JOHNSON’S® juga telah menetapkan piawaian untuk kelembutan menerusi pemilihan bahan yang bermanfaat dan ketelusan bahan yang sepenuhnya. Proses ini turut dihasilkan oleh pengalaman dan pengetahuan mendalam jenama ini selama 125 tahun berkaitan kulit bayi dan sains pengeluaran.
Kalau anda nak tahu, JOHNSON’S® telah memilih setiap bahan dalam rangkaian ini dan telah menolak lebih 400 bahan sewaktu proses formulasi. Portfolio bahan telah dikurangkan sebanyak 50% dengan minyak yang diperoleh secara semula jadi seperti minyak kelapa dan biji kapas dipilih untuk menggantikan minyak mineral.
PEMBUNGKUSAN BAHARU YANG LEBIH PRAKTIKAL, MESRA PENGGUNA & MUDAH DIFAHAMI!
Bila dah jadi ibu ni, semuanya kalau boleh nak cepat dan mudah je kan? JOHNSON’S® memang memahami penggunanya, oleh sebab itu, ia diberi wajah baru supaya mudah difahami dan digunakan! Produk JOHNSON’S® baharu ni dilengkapi dengan pam supaya ia lebih praktikal untuk ibu-ibu. Guna satu tangan pun boleh! Yeay, lepas ni bolehlah siapkan anak sepantas kilat!
Bila nak pilih produk pulak, selalunya mesti akan belek lama-lama sebelum beli kan? Yelah, kadang-kadang tak faham sangat kandungan dan label produk tu.
Haa..sekarang ni anda dah tak perlu risau bila nak cari produk yang sesuai untuk si manja, sebab dengan pembungkusan baharu dan label yang mudah difahami, anda akan lebih mudah kenal pasti kandungan dan kesesuaian produk mengikut peringkat umur anak anda.
Bukan itu je, setiap pek juga akan dinilai dan menjalani proses jaminan kualiti yang ketat. Jadi, anda dah tak payah ragu-ragu lagi!
KEKALKAN ‘BAU’ BAYI YANG BERPANJANGAN..
Siapa setuju bila dah jadi ibu ni, bau anak kecil anda adalah bau yang paling wangi dalam dunia? Tak puas rasanya bila cium anak tu! Oh ya, cakap pasal bau, biarpun diberi pembaharuan pada pembungkusan dan formula, JOHNSON’S® tetap mengekalkan harumannya yang disukai ramai.
Walaupun mengandungi wangian, tetapi ia diformulasi supaya bebas alergen dan mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan Institut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM). Jadi, ianya selamat untuk si manja anda!
Bukan saja membersih dan melembap, bau yang disukai ramai ini juga boleh mewujudkan bonding time antara anda dan si manja sekaligus dapat mengukuhkan perkembangan mereka dengan sihat.
JOHNSON’S® BAHARU, KINI ‘GENTLE’, BERTAMBAH ‘GENTLE’..
Rangkaian baharu JOHNSON’S® ini juga menampilkan empat kategori produk mengikut tahap perkembangan dan tahap umur bagi membantu anda untuk memilih produk yang sesuai buat si manja anda.
Ia juga sesuai untuk bayi yang baru lahir hinggalah yang berumur 6 tahun.
Tunggu apa lagi? Semua rangkaian produk bayi JOHNSON’S® yang baharu ini sebenarnya sudah boleh didapati di pasaran tau! Jom #ChooseGentle supaya bayi anda lebih selesa, dilindungi dan hubungan antara anda dan si manja lebih akrab!
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk bayi JOHNSON’S® yang baharu ini, layari laman web JOHNSON’S®.
Rujukan:
- Berdasarkan Laporan Kantar Worldpanel tentang Kategori Kelengkapan Dandanan Bayi di Semenanjung Malaysia selama 52 minggu sehingga 22 April 2018, yang disediakan sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Panel Bayi Kantar.
- Paraben, ftalat, dan sulfat tidak ditambah dalam semua rangkaian produk JOHNSON’S® yang baharu. Pewarna tidak digunakan dalam semua produk kecuali JOHNSON’S® Active Kids™ Clean & Fresh Bath.