Famili

Nak Menangi Hadiah Menarik Dari Johnson’s? Mudah je..

5.2K
SHARES

Baru-baru ini, JOHNSON’S® tampil dengan rangkaian produk baharu yang bukan saja diperbaharui dari segi formula, malah diberi wajah baharu supaya anda mudah memahami kandungan dan keperluan yang berbeza buat si manja.

Anda nak cuba sendiri rangkaian produk JOHNSON’S® baharu ni? Kalau nak, jom sertai peraduan dari JOHNSON’S®! Sebelum tu, apa kata kami kongsikan serba sedikit keistimewaan rangkaian produk baharu JOHNSON’S® ni..

REKA BENTUK BOTOL YANG LEBIH PRAKTIKAL DAN MESRA PENGGUNA. BOLEH GUNA SATU TANGAN SAJA!

Bila dah jadi ibu ni, nak siapkan anak lah perkara yang paling mencabar. Tambah-tambah bila nak mandikan si manja yang masih bayi. Memang kena fokus dan berhati-hati agar keselamatan si manja terjamin.

Haa..ibu-ibu jangan risau, sebab JOHNSON’S®  memang memahami penggunanya, botol JOHNSON’S® baharu ni lebih mesra ibu bapa dan mudah untuk digunakan dengan menggunakan satu tangan sahaja. Kaum bapa yang tak biasa siapkan anak pun dah boleh jadi pro lepas ni!

DIPERBAHARUI DENGAN FORMULASI ULTRA GENTLE UNTUK KULIT LEMBUT SI MANJA!

Perkara yang paling utama bila nak pilih produk untuk si manja ni adalah sama ada ianya selamat dan sesuai dengan kulit si manja kan? Untuk pengetahuan anda, rangkaian produk bayi JOHNSON’S® yang baharu ini lebih lembut dengan formulasi Ultra Gentle.

Yang paling penting, rangkaian produk JOHNSON’S® baharu ini mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna serta dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang berkembang.

JOHNSON’S® juga telah memilih setiap bahan dalam rangkaian ini dan telah menolak lebih 400 bahan sewaktu proses formulasi. Portfolio bahan telah dikurangkan sebanyak 50% dengan minyak yang diperoleh secara semula jadi seperti minyak kelapa dan biji kapas dipilih untuk menggantikan minyak mineral.

Ia juga terbukti secara klinikal selamat digunakan untuk bayi yang baru lahir.

MANDIAN MUDAH DIBILAS DAN LOSYEN YANG TAK MELEKIT!

Bila nak mandikan si manja, perkara yang selalu dirisaukan adalah keselamatan anak. Yela, risau bila tangan licin, nanti bahaya pula bila nak dukung anak! Jangan runsing ibu-ibu, rangkaian produk mandian JOHNSON’S®cottontouch™ top-to-toe™ yang baharu adalah hipoalergenik, formulasi yang ringan serta terbukti dapat menambah baik sentuhan dan interaksi yang positif antara ibu bapa dan si manja anda.

Lepas dah mandikan si manja, lengkapkan pula rutin penjagaan kulit si manja dengan sapuan losyen JOHNSON’S®cottontouch™ top-to-toe™. Formulasi kedua-dua produk mandian dan losyen ini diadun dengan kapas semula jadi untuk menjadikannya sangat lembut pada kulit telah terbukti secara klinikal sebagai selamat mulai hari pertama kehidupan bayi, selain menggalakkan lebih banyak sentuhan dan interaksi antara ibu bapa dengan bayi.

Ia juga dirumuskan supaya mudah dibilas dan ringan tanpa sisa yang melekit supaya ibu bapa dapat memegang bayi anda dengan sentuhan yang kemas dan yakin. Kulit si manja juga akan menjadi lembut dan bersih, sekaligus menjadikan hubungan antara anda dan si manja lebih akrab!

NAK TAHU MACAM MANA NAK MENANGI HADIAH MENARIK DARI JOHNSON’S? IKUTI LANGKAH INI..

Mesti anda dah tak sabar untuk mencuba produk JOHNSON’S®  ni untuk si manja anda kan? Lagi best kalau anda berpeluang untuk mendapatkan rangkaian produk JOHNSON’S® baharu ni secara PERCUMA! Haa..apa tunggu lagi, jom sertai peraduan dari JOHNSON’S® ni!

Ikuti langkah ini:

  • Like Facebook Sirap Limau
  • Share dan komen di post Facebook Sirap Limau dengan jawapan yang betul
  • 10 pemenang terpilih akan memenangi set hadiah bernilai RM50 iaitu 1 set hadiah Johnson’s CottonTouch baharu dan 1 set Johnson’s Travel Kit!

Mudah je kan! Jadi, ibu-ibu jangan lepaskan peluang ini dan siapa tahu, anda antara yang bertuah untuk bawa pulang hadiah menarik dari JOHNSON’S®! Semoga berjaya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×