Ramai wanita yang mengimpikan cahaya mata sering tertanya-tanya bagaimana cara mudah hamil?
Untuk makluman, kadar kesuburan semakin menurun di Malaysia, di mana seramai 116,434 kelahiran direkodkan pada suku tahun ketiga tahun 2020, iaitu menurun sebanyak 5.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya yang dengan catatan 123,751 kelahiran.
Masalah ketidaksuburan bukan saja memberi kesan kepada mental dan emosi pasangan berkahwin, hal ini juga boleh membawa kepada pelbagai masalah kepada negara dalam membentuk generasi untuk masa akan datang.
Berikut adalah nasihat-nasihat yang diberikan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang tersohor di Malaysia, Dr. Hamid Arshat untuk semua wanita bagaimana cara mudah hamil yang boleh dipraktikkan:
11 Cara Mudah Hamil Untuk Wanita – Dr Hamid Arshat
1. Elak Menangguh Kehamilan Terlalu Lewat
Tahukah anda, wanita sebenarnya paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakan.
Dengan keadaan ekonomi tidak menentu kini, kita faham ramai yang perlu merancang kehamilan dengan teliti.
Namun sebaiknya disarankan jika ada jodoh jangan tangguh terlalu lewat walau pun masih mengejar pendidikan tinggi dan kerjaya.
2. Jumpa Doktor Cepat Jika Ada Gangguan Haid
Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin.
Jika ada senggugut atau gangguan haid janganlah menganggap ia sebagai perkara biasa.
Pastikan anda jumpa doktor untuk periksa peranakan dan ujian kesuburan.
3. Pastikan Tahap Kesihatan Sentiasa Berada Dalam Keadaan Terbaik
Tentukan status kesihatan suami isteri dalam keadaan yang terbaik.
Buat rawatan jika ada penyakit.
4. Pastikan Pasangan Tidak Mempunyai Masalah Seksual
Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan, tidak kiralah bagi pihak isteri ataupun suami.
Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri kerana mengalami masalah kesihatan seksual tanpa disedari.
Berbincanglah dengan pakar untuk mendapatkan kepastian tentang hal ini.
5. Gunakan Waktu Subur Isteri Sebaik Mungkin
Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari).
Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke 16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur boleh dikesan oleh catitan suhu BBT dan ovulation test kit BBT.
Baca juga: Guna OPK, Catat BBT, Jaga Pemakanan. Ini Tips & Usaha Saya Dapatkan Zuriat Dalam 8 Bulan
6. Hubungan Seksual Juga Perlu Ada Strategi
Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke 20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca fatihah, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
Panduan doa ketika mendatangi isteri :
بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Maksudnya: Ya Allah, Ya Tuhanku, hindarilah daripada syaitan dan singkirkanlah syaitan itu dari apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)
Sesungguhnya jika ditakdirkan (Allah) buat kamu berdua anak pada waktu itu, maka anak tersebut tidak akan dimudharatkan oleh syaitan selamanya.” [Riwayat al-Bukhari (6388)]
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah punggung selama 2-4 jam atau terus tidur.
Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
7. Tenangkan Jiwa Dan Fikiran
Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.
Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
Buat senaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise.
Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari.
Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.
8. Kawal Berat Badan
Salah satu perkara yang sering diingatkan ialah kawal berat badan.
Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur/ovulation.
9. Makan Makanan Berkhasiat
Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting.
Sebaiknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah – buah dan sayuran.
Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-syauran.
Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan Piramid Makanan Malaysia 2020 yang terkini oleh KKM.
10. Makan Makanan Tambahan, Supplemen Dan Vitamin
Makan supplemen multivitamin seperti vitamin E dan C, folic acid.
Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
11. Lakukan Ujian Membantu Kehamilan Jika Perlu
Terdapat beberapa prosedur-prosedur ujian menghasilkan kehamilan:
- Xray HSG untuk buka saluran falopian menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan.
- Begitu juga prosedur D&C hydrotubation.
- Rawatan suntik benih suami IUI juga menghasilkan 10 – 30 % kehamilan.
- Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sam hasilnya.
- IVF ICSI begitu juga hasilnya 30 % kehamilan dengan kos tinggi RM15 – 20 K.
- Pembedahan laparoscopy / minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai penyakit – cyst, fibroids, endometriosis , tubes blocked dan lain2 menghasilkan 50 – 60% kehamilan dalan jangka panjang.
Semoga bermanfaat untuk semua wanita dan pasangan yang mengimpikan zuriat.
Insha Allah.
Jumpa saya dalam program “Ku Impikan Zuriat 2.0”
28 Februari 2021
Hari Ahad
Jam 2.30 Petang
Daftar Sekarang di www.mommibuddyacademy.com
Bayaran Melalui Websi
Insyaallah, saya sedia menjawab soalan dari anda semua dan kongsikan pengalaman serta tip kehamilan.