Pra-Hamil

Guna OPK, Catat BBT, Jaga Pemakanan. Ini Tips & Usaha Saya Dapatkan Zuriat Dalam 8 Bulan

9.1K
SHARES
tips cepat hamil

Ada antara kita yang mula risau kalau dalam masa 4-5 bulan bernikah tapi masih belum dikurniakan zuriat.

Walaupun ia bukanlah satu tempoh yang lama berbanding mereka yang dah menunggu 4-5 tahun, apatah lagi yang menunggu sampai lebih 10 tahun, namun setiap usaha yang dilakukan sehingga berjaya mengandung tu tentu ramai yang nak tahu.

Jadi dalam perkongsian ini, kami kongsikan pengalaman beserta beberapa tips cepat hamil oleh Fafae Mimie khas bagi wanita yang dalam proses TTC (trying to conceive).

Berjaya Hamil Dalam 8 Bulan, Ini Tips Yang Saya Amalkan

Saya dah niatkan, kalau berjaya conceive, lepas bersalin nanti nak share dengan kawan-kawan senasib tentang usaha nak dapatkan baby.

Saya TTC 8 bulan, jujurnya sangat tak layak untuk bandingkan dengan yang dah usaha bertahun-tahun. Tapi tempoh 8 bulan ni cukup sangat untuk saya faham perasaan orang menunggu zuriat… I feel u!

Ada orang yang rezeki zuriat dia mudah. Lepas kahwin je bunting pelamin. Ada orang kena tunggu lama sikit. Sambil doa, kena usahakan.

Apa yang saya buat ni pun saya dapat tahu kebanyakannya melalui Group Facebook TTC & BBT. (Saya ada share di bawah)

Jadi pada yang menanti, bolehlah cuba sebab ramai yang guna kaedah sama dan berjaya conceive setelah berbelas tahun TTC.

1. Guna OPK (Ovulation Kit Predictor)

Ovulation Kit Predictor atau singkatannya OPK adalah alat untuk mengesan tempoh subur / ovulasi.

Ia boleh dibeli secara online (dekat Shopee) atau sesetengah farmasi.
Harganya lebih kurang dalam 50 sen untuk 1 strip. Cuba beli dalam 20-30 strips dulu.

Cara Guna OPK:

  • boleh start check 2-3 hari selepas period
  • untuk yang jarang period, disarankan buat BBT (*cara buat BBT ada kat bawah)
  • untuk period yang regular, formula kiraan cycle period – 14 = hari dijangka ovulate. Jadi mula check OPK 2-3 hari sebelum tu
  • kena check OPK sehingga -ve semula selepas +ve.
  • dijangka bile OPK dah -ve semule baru ovulation berlaku.
  • OPK +ve cuma penanda aras / menunjukkan hormon LH tengah memuncak (peak/surge) = folikel matang maksudnya dijangka ovum dilepaskan dalam tempoh 24-36 jam selepas OPK +ve yang terakhir
  • OPK boleh +ve biasanya dalam 1-3 jam

Dalam sehari check sekali je waktu yang sama (11 pagi – 7 petang) **bukan first urine tau. Sebelum check, puasa air dalam 1-2 jam supaya urine tak cair. Snap gambar result tu / lekat dekat buku untuk banding result hari ke hari.

Boleh berhenti guna OPK ni bila dah dapat negatif semula selepas dapat 2 line sama terang / test line terang dari control line
2 line sama terang = menghampiri / hari subur

tips cepat hamil

FUNGSI: OPK ni mengesan hormon LH. LH surge akan dapat double line pekat dekat strip OPK. 2 garisan pekat bermakna telur dah nak dilepaskan. Maksudnya dah menghampiri waktu subur, jadi masa ni boleh bersama suami.

Dalam sebulan, perempuan hanya subur 3-4 hari dan masa ni je boleh dapat baby. OPK positif semata-mata tak semestinya telur awak dilepaskan ke tiub falopian tau.

Apapun, OPK hanya penanda aras hormon LH. Ada yang dapat double line pekat tapi sebenarnya tak ovulate. Kalau nak tepat, gabungkan dengan step BBT pulak.

Oh ya, jangan lupa perhatikan cervical mucus, iaitu mukus subur = lendir macam putih telur. Egg white ni membantu sangat kalau nak conceive. Tapi ada juga yang tak ada egg white dan tetap berjaya pregnant. Nak tahu info lebih lagi cuba google fertility cervical mucus. Tengok image pun lagi ok.

tips cepat hamil

Foto Kredit: VeryWell Family

2. Buat BBT (body basal temperature)

Selain OPK, suhu badan pertama masa bangun pagi pun petunjuk hari subur kita. Inilah yang dipanggil Basal Body Temperature (BBT).

BBT ni perlukan 2 benda saja iaitu:

  • 2-decimal thermometer (ada 2 tempat perpuluhan yang check masuk mulut)
  • Apps Fertility Friend (boleh download dekat Playstore)

Apps Fertility Friend di PlayStore

Cara Buat BBT:

  • Setiap pagi bila buka je mata, check suhu dan rekod dalam apps. Kena ambil suhu hari-hari waktu yang sama tau. Boleh +-30minit je. (Mula-mula memang rasa blur tau.. Ambik je suhu dulu, complete 1 cycle nanti akn mula faham.)
  • Kalau ada telur matang, subur, akan ada biphasic pattern dekat graf.. (biphasic pattern = 2 tangga suhu berbeza sebelum dan selepas ovulasi. Sebelum ovulasi suhu rendah, selepas hari subur, suhu tinggi, menghampiri period suhu akan turun semula, kalau pregnant, suhu akan sentiasa kekal tinggi)
  • Ada orang period regular, tapi cycle telur tak matang (tak ada ovulasi selalunya punca sebab PCOS) Maka tak ada telur yang dilepaskan. Jadi tak bolehlah nak senyawa dengn sperma dan membentuk bayi.
  • Bila dah dapat double line/ hari ovulasi, bersama selang sehari atau berturut-turut masa hari subur sampailah 4 hari selepas subur.

 

 

Kalau nak lagi faham 2 bab ni, saya cadangkan follow FB
i. TTC Malaysia
ii. Baby Tree BBT Group

Dalam group ni banyak ilmu dan info tapi kena rajin baca. Kalau google pun ada banyak. Boleh google BBT graph dan tengok image.

3. Jaga / Ubah Cara Pemakanan

Bila dah kenal waktu subur, pemakanan pun main peranan penting.

Bak kata kak ju, rahim ni ibarat tanah. Nak tanam pokok, tanah kena sihat dulu, baru subur.

Selama 8 bulan saya konsisten buat BBT dan OPK. Hari subur tiap cycle ada. Tapi still tak lekat. Tak tau mana salah. Terus google google dan google, sampai jumpa info yang kita kena jaga makan.

Sebenarnya hampir semua saya dah buat kecuali bab jaga makan ni mmg failed. Seronok baru kahwin ada geng makan kan. Semua sumbat.

Saya ada terbaca kat google rahim sihat untuk conceive, rahim alkali. Saya pun start google makanan alkali, masa ni la jumpa makanan paket kena elakkan, sebab sifat asid dari pengawet. Saya stop smua makanan paket, fast food dan yang tak sihat.

Saya fokus makan benda fresh macam ayam, ikan, telur ayam kampung, dan sayur.

Masa ni jugak saya dah start semula buat diet Atkins.Saya dapat buat sampai dekat 50 hari sebelum tahu pregnant masa 4 April.

Selama 50 hari tu, ada beberapa jenis makanan yang saya jadikan rutin:

  • Lemon: pagi perut kosong minum lemon suam secawan
  • Telur Ayam: lepas tu makan 2 biji telur ayam kampung separuh masak dari day 1 period sampai hari subur (kena guna OPK nak tau hari subur) Lepas subur, stop telur sebab ada salmonella. Mana tahu lekat baby, telur separuh masak tak elok untuk janin.
  • Bawang Putih : dalam seminggu ada 2-3 kali saya makan seulas bawang putih mentah. Orang kata elok makan untuk clearkan blockage kalau tiub tersumbat. Saya tak pernah check, tapi saya makan je walaupun perit nak telan.
  • Susu Kambing & Kurma : kadang-kadang saya ada minum susu kambing fresh dan kurma mariami sebiji. Susu kambing sama macam telur, minum sampai hari subur je. Sebab sifat dia panas jadi tak sesuai minum kalau awal-awal lekat. Kurma saya guna Mariami sebab Google kata untuk hamil, sesuai kurma kering liat. Tapi saya tak amalkan sangat susu dan kurma ni sebab tekak tak suka susu.
  • Sayur : dari lepas period sampai hari subur, hari-hari menu saya ada taugeh. Hari ovulation saya memang selalu awl. Hari ke-11, 12 saya dah ovulate. Jadinya susu kurma, taugeh, telur semua tu saya minum kejap je sebab cycle saya pendek iaitu 26 days. Banyak jugak makan brokoli, avocado sepanjang TTC. Sayur lain makan jugak gilir. Kiwi pun bagus jugak tau. Pendek kata semua yang fresh, bagus sangat makan masa usaha TTC ni.

(Yang diet ni tak semestinya Atkins. Asalkan perbaiki cara makan tu. Kalau obes, turunkan berat sikit. Bila berat ideal, akan meningkatkan peluang untuk pregnant)

Kalau nak tengok menu TTC saya, boleh tengok dekat wall, ada saya share semula.

4. Suplemen

Saya memang makan folic acid Appeton dari Julai. 2 kotak habis sampai hujung Februari tu saya tukar kepada folic acid yang murah. Saya beli kat farmasi RM 1 je, brand Hovid.

Saya makan multivitamin Blackmores jugak. Masa makan ni memang niat nak TTC. Berat tak kacau tapi lapar sangat. Rupanya masa dok kata lapar tu dah ada baby.

Dan akhir sekali saya makan Shatavari Himalaya. Yang ni kalau nak makan kena pastikan tak ada cyst. Takut bagi kesan pada cyst.

Suami pulak makan Speman dalam 3 bulan dah. DAN suami STOP ROKOK azam tahun baru. Suplemen ni semua mula makan dari bulan Februari, April dah pregnant 4 minggu. Sama ada membantu ke tak wallahualam.

Extra: Saya amalkan minum air buah zuriat.

Buah zuriat ni pun saya amal macam suplemen. Saya baru try masa hujung Februari cuma cara saya tak sama mcm google.. Saya tak belah, 2 biji tu rebus gitu je selama 30 minit tiap malam. Lepas tu minum share suami isteri 1 cawan panjang. Pakcik jual buah tu kata, rebus hari-hari sampai buah lembut, belah, rebus lagi, sampai air jernih dan last baru makan isi buah. Saya tak sempat lembut pun buah, hari ke 23 rebus saya check upt positif. Seeloknya minum rebusan buah yang fresh.

5. Senaman

Saya buat hampir hari-hari, tapi sebab malas saya konsisten buat happy walk je dalam 20 minit pagi-pagi.

Saya elakkan senaman sit up untuk yang nak TTC sebab setahu saya posisi ni kurang sesuai dan akan tolak rahim.

6. Doa

Bila dah buat semua, dah usaha jaga makan, berdoa sungguh-sungguh. Setiap kali lepas solat nangis sungguh-sungguh mintak nak anak. Buat solat taubat, kot ada dosa lama jadi penghalang.

Seeloknya doa spesifik, macam saya minta nak anak tahun 2019 ni. Saya guna doa seorang akak dekat group TTC.

Doanya lebih kurang mcm ni:

Ya Allah kurniakan kami zuriat secepat mungkin, sebolehnya tahun ini. Semoga cycle ni kau izinkan upt aku positif menandakan ada zuriat di dalam rahimku. Semoga aku selamat melahirkan anak yang soleh solehah Disember 2019. (dan memang Allah makbulkan doa saya yang ni.. due sy 12.12.19)

Dan lagi doa yang sangat tersentuh hati :

Ya Allah andai kau takdirkan aku atau suami mandul, kau suburkanlah kami.. Sesungguhnya aku yakin kasih sayangmu melebihi takdirmu.

Doa dengan rendah diri, mengharap sepenuhnya pada Dia. Masa hujan lebat pun saya ulang-ulang doa ni. Dan jgn lupa doakan sekali rakan-rakan yang sedang TTC. Bila kita doakan untuk orang, malaikat aminkan untuk kita sekali.

7. Sedekah

Selain tu cuba banyakkan sedekah.

Banyak jumpa baby dan budak kecil, minta diorang doakan untuk kita sama.

Jumpa Doktor Untuk Tahu Masalah

Bagi yang dah TTC setahun, pastikan dah pergi jumpa doktor untuk tahu masalah dulu.

Kadag-kadang tak pregnant sebab tiub tersumbat, telur tak matang, suami sperma kurang kualiti/kuantiti, hormon tak stabil dan sebagainya. Kalau dah check smua ok, boleh try amalkan yang di atas.

Apapun, ini hanya usaha dan semuanya atas izin Allah.

Maafkan saya andai ada hati yang terluka tengok gambar upt dan scan. Saya faham perasaan tu, kita bukan dengki tapi rasa macam… hmmm mana baby aku..

Pernah jugak saya tiba-tiba menangis tengok video scan baby orang. Suami pun terkjut kita emo sangat. Huhu.

Tak apa, sabarlah.. Allah uji sesuai dengan kemampuan hambanya. Teruskan usaha dan doa, setiap cycle ada harapan baru.

*last period 14 Mac dan 4 April saya check upt dapat faint line. Macam tak logik check awal, tapi kalau awak belajar OPK dan BBT, semua ni logik tau.

Alhamdulillah.. Baby OPK BBT Atkins dah kluar pun. Ada dekat sebelah ni tengah tido.

**Kalau rasa OPK dan BBT tu susah, awak cuba ubah pemakanan je dulu. Stop processed food, fast food, jajan semua. Makan real food. Turunkan berat sikit, ramai sangat yang berjaya pregnant lepas jaga pemakanan tau. Dalam group diet pun, saya tengok ramai yang terpregnant dalam perjalanan nak kurus..

Yang penting, jangan stres. Semoga pada yang menanti akan dikurniakan rezeki zuriat tak lama lagi. Aamin ya mujiib.

 

*Tips cepat hamil ini dikongsikan oleh Fafae Mimie melalui Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×