Sihat

Piramid Makanan Malaysia 2020 KKM & Perbezaannya Dengan Yang Lama

8
SHARES

Memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020 yang merupakan semakan semula kepada Piramid Makanan 2010 selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini.

Panduan Diet Malaysia 2020 disasarkan kepada golongan dewasa berumur 18 hingga 59 tahun.

Saranan pemakanan sihat dalam panduan diet ini disampaikan melalui 14 Mesej Utama, di antaranya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak minum air kosong setiap hari.

piramid makanan malaysia 2020 terkini

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi penting untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh.

Manakala pengambilan 6 hingga 8 gelas air kosong sehari dapat memastikan kesihatan dan fungsi tubuh yang baik.
Kedua-dua mesej utama ini penting terutamanya dalam menghadapi wabak

piramid makanan baru kkm

Perubahan & Penambahbaikan Piramid Makanan 2020

Jadi, apa perubahan dan penambahbaikan dalam Piramid Makanan 2020 ni?

Piramid Makanan 2020 menekankan aspek pengambilan SAYUR & BUAH-BUAHAN, berbanding sebelumnya menekankan pengambilan bijirin & karbohidrat yang menyebabkan ramai yang keliru & merasakan pengambilan karbohidrat itu memerlukan amaun yang banyak setiap hari.

Sedangkan pengambilan karbohidrat yang berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan, obesiti, dah risiko kencing manis.

Kini, kumpulan karbohidrat berada di tangga yang kedua.

Contoh karbohidrat ialah nasi, mi, mihun, pasta, kuey teow, biskut, roti, oat, lobak merak, kentang, ubi-ubian. Ambillah dalam amaun yang sederhana setiap hari.

Cara mudah, ingat konsep suku suku separuh:

– Suku karbohidrat (nasi, mi, mihun, kuey teow, pasta)
– Suku protein (ayam, ikan, telur, daging, tempe, tauhu)
– Separuh sayur & buah-buahan

piramid makanan malaysia 2020

 

Secara ringkasnya, perubahan besar dalam Piramid Makanan Malaysia 2020 adalah seperti berikut:

1. Kumpulan Sayuran / Buah-buahan Diletakkan Pada Dasar Piramid

Kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada dasar piramid, berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 yang meletakkan makanan sumber karbohidrat (nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian).

Ini bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling banyak berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari.

Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber vitamin dan mineral yang penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit.

2. Kumpulan Karbohidrat Terletak Di Tangga Kedua

Piramid Makanan Malaysia 2020 menyarankan julat peratus pengambilan karbohidrat yang lebih rendah iaitu 50-65% berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 iaitu 55-75%.

Piramid Makanan Malaysia 2020 ini juga menekankan saranan pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung.

3. Saranan Pengambilan 6-8 Gelas Air Kosong

Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari turut ditambah pada ilustrasi Piramid Makanan Malaysia 2020. Pengambilan air yang mencukupi dapat memastikan badan kita sentiasa terhidrat bagi menjaga kesihatan terutama di musim pandemik Covid-19 ini.

Penggunaan Piramid Makanan Malaysia 2020 ini diharap dapat membantu rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan sihat pada setiap hari bagi memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan terhindar daripada jangkitan penyakit, di samping mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dah hipertensi.

Semoga bermanfaat

*Sumber: Portal Rasmi KKM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×