Sihat

Selalu Rasa Kering Tekak & Keletihan Melampau? Rupa-rupanya Ini Tanda Badan Anda Alami Dehidrasi

36
SHARES

Sejak negara kita dilanda cuaca panas melampau dan senario strok haba suatu ketika dahulu, perkataan dehidrasi telah menjadi dekat dan begitu acap didengari. Dehidrasi bererti tubuh badan kekurangan dan kehilangan lebih banyak cecair berbanding dengan cecair atau air yang masuk ke dalam badan anda. Tubuh badan kita memerlukan kandungan air yang cukup supaya organ tubuh dan diri kita dapat berfungi dengan efektif dan maslahat air juga sebenarnya dapat membantu kita untuk berfikir dengan lebih baik.

Berikut merupakan tanda-tanda dehidrasi yang dikongsikan di laman twitter KKM. Adakah anda pernah lalui simptom-simptom seperti ini?

1. rasa dahaga yang melampau

Pastikan anda kerap meminum air dalam waktu-waktu tertentu dan tidak mengabaikan rasa haus. Diingatkan juga rasa lapar dan craving yang anda alami kadangkala adalah kerana badan anda kekurangan air.

2. kurang membuang air kecil

Pembuangan air kecil adalah juga sebagai cara badan kita menyingkirkan toksik dalam tubuh jadi pastikan anda minum air secukupnya setiap hari agar badan dapat menyingkirkan toksik dengan efisien.

3. kekejangan

Haaa, kekurangan air juga boleh menyebabkan kekejangan disebabkan kadar elektrolit dalam tubuh yang tidak seimbang mengakibatkan kontraksi pada otot sehinggakan individu berasa kejang.

4. sakit kepala

Keadaan tubuh pada ketika dehidrasi boleh mengakibatkan sakit kepala kerana dehidrasi menyebabkan otak mengecil bagi mengimbangi kekurangan cairan, tarikan antara otak yang menyusut dan juga tengkorak menyebabkan sakit kepala.

5. mulut kering

Mulut kering antara simptom paling nyata dehidrasi, jangan sampai kesibukan anda dan kemalasan mencapai segelas air menyebabkan tubuh mengalami simptom ini, janganlah tunggu sehingga mulut kering baru minum air, dan apabila mulut berasa kering segera minum air kosong bukan air manis tau.

6. keletihan

Rasa letih juga adalah antara simptom dehidrasi, kecukupan air dalam badan dapat menjadikan anda bertenaga dan membantu anda jalani akitviti seharian termasuk bersosial bersama orang sekeliling dengan baik.

Bagaimana anda boleh atasi dehidrasi? Ikuti tips-tips yang disarankan KKM seperti berikut

Bagi individu bersenam praktikkan meminum dua gelas air tambahan. Selain itu, kita juga perlu mengamalkan pengambilan air daripada sumber lain seperti buah-buahan dan aneka jus serta sup yang sihat. Ingat, jangan tunggu sehingga betul-betul dahaga untuk minum air.

Bersama kita jadikan amalan demi kebaikan dan kesihatan bersama.

Sumber: KKM

 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×