DIY & Kraf

Cara Mohon Nombor Giliran JPJ Guna JPJeQ, Tak Payah Bersesak & Beratur Dah!

10
SHARES

Masih ramai lagi dalam kalangan kita yang tidak tahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada memperkenalkan aplikasi baharu iaitu JPJeQ. Aplikasi tersebut bertujuan untuk memastikan pelanggan sentiasa selesa dan berpuas hati semasa mendapatkan perkhidmatan.

Kini, semakin banyak cawangan melaksanakan sistem penggiliran JPJeQ bagi memudahkan urusan di kaunter. Di sini kami kongsikan cara memohon nombor giliran melalui aplikasi JPJeQ.

Baca juga: [VIDEO] Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini Cara Nak Dapatkan Towing Secara Percuma… Jimat!

CARA MOHON NOMBOR GILIRAN DI JPJ GUNA JPJeQ

– Kalau korang ada nak berurusan dekat JPJ, boleh install siap siap apps ‘JPJeQ’. Then lepas dah install, korang scan QR code je untuk dapatkan nombor giliran.

– Dalam apps tu, korang boleh check cawangan JPJ yang terdekat. Then pegi cawangan JPJ tu & scan QR code. Pilih perkhidmatan mana yang korang nak berurusan & nanti korang akan dapat notification nombor giliran.

– For me apps ni bagus sebab kita boleh track no giliran kita dalam phone je. Means tak perlu nak tunggu beratur bersesak kat situ. Boleh pegi tempat lain dulu. Sebab kalau no giliran kita dah nak sampai/dipanggil, kita akan dapat notification.

Secara ringkasnya, kita hanya perlu scan QR Code untuk ambil nombor giliran. Masa anggaran juga akan diberikan untuk ketibaan giliran kita. Maka, kita tak perlu berbaris dan menunggu.

Sumber: Twitter Anis Suraya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×