Bila kereta rosak di jalan raya memang pening dibuatnya. Nak cari towing pun kadang-kadang susah nak dapat dan kalau ada pasti harganya mahal serta tidak berbaloi. Betul tak?
Tapi sebenarnya anda boleh menggunakan perkhidmatan towing secara percuma sahaja tanpa mengeluarkan sebarang wang. Wah. menarik kan? Nak tahu macam mana? Ikuti penerangan lanjut di bawah hasil perkongsian pengguna TikTok.
Baca juga: Perlu Atau Tak Panaskan Enjin Kereta Setiap Kali Sebelum Memandu?
CARA NAK DAPATKAN TOWING SECARA PERCUMA. JIMAT!
Menerusi video berdurasi satu minit 18 saat itu, lelaki bernama Farqhan menjelaskan beberapa langkah perlu dilakukan jika kereta rosak dan tersadai di tepi jalan.
Jelas lelaki itu, kereta yang rosak perlu diletakkan di bahu jalan dan lampu hazard (kecemasan) perlu dibuka untuk memberi isyarat kepada pengguna jalan raya dan mengelakkan motorsikal melanggar kereta.
Tambahnya lagi, sekiranya suhu kereta meningkat, pastikam bonet depan dibuka untuk tujuan mengurangkan suhu. Langkah terakhir untuk mendapat towing secara percuma ialah anda perlu semak nombor pada bahagian belakang cukai jalan (road tax) di cermin dan menghubunginya untuk mendapatkan bantuan trak towing secara percuma.
Farqhan juga menasihati agar tidak berdiri atau duduk di dalam kereta ketika sedang menunggu trak towing. Hal ini kerana berkemungkinan besar akan menyebabkan kemalangan.
VIDEO PENUH:
@farqhan.com #jombelajar #tiktokguru #learnontiktok #courierhub
♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto
Sumber: TikTok Farqhan