Teknologi

Perlu Atau Tak Panaskan Enjin Kereta Setiap Kali Sebelum Memandu?

38
SHARES

Sudah menjadi kebiasaan, rata-rata orang ramai akan memanaskan enjin kereta terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan. Hal ini kerana kita sudah biasa melihat dan mempelajari cara itu dari zaman-berzaman. Walau bagaimanapun, perlu ke tak sebenarnya memanaskan enjin kereta sebelum memandu? Ikuti perkongsian Aid Fawzal yang mengulas dengan lebih lanjut di laman Twitternya.

Baca juga: Betul Ke Isi Minyak Kereta Sampai Penuh Boleh Rosakkan Fuel Pump? Ini Jawapannya

PERLU ATAU TAK PANASKAN ENJIN KERETA SEBELUM MEMANDU?

Perlukah memanaskan enjin?

Jawapan pendek:

  • Ya perlu, juga
  • Tak perlu

Perlu panaskan enjin jika enjin anda guna sistem karburetor. Karburetor perlukan suhu yang stabil untuk beroperasi dengan baik. Juga, teknologi material enjin yang lama sangat-sangat bergantung kepada minyak pelincir untuk kurangkan geseran.

Untuk enjin-enjin moden dengan sistem fuel injection (suntikan bahan api) tak perlu memanaskan enjin.Hal ini kerana sistem ini mampu berimprovisasi mengikut perubahan keadaan sekitar. Teknologi material enjin juga lebih moden dan mempunyai ciri-ciri anti geseran.

Amalan memanaskan enjin ni kita belajar turun temurun daripada generasi lama. Satu sebab yang saya sebutkan diatas tu, kedua sebab harga kereta kita mahal. Jadi kita cuba untuk jaga sebaik mungkin. Cuma selalunya kita berlebih-lebihan.

Untuk enjin moden, kita tak perlu untuk panaskan enjin sampai ia capai suhu operasi baru nak berjalan. Sebaliknya nyalakan enjin dan tunggu sebentar untuk biarkan minyak pelincir merebak ke semua tempat dan baru jalan.

Mungkin boleh saya olah istilah ni supaya orang kebanyakan lebih faham. Kita kata, “Tak perlu panaskan enjin lama-lama, panaskan sekejap-sekejap je dah”.

Khusus untuk mereka yang faham teknologi kereta, korang boleh semak perkara-perkara ini pada sudut:

1. Sistem Karburettor dengan suntikan bahan api,

2. Teknologi material enjin termasuk salutan/saduran permukaan (surface coating/plating), dan

3. Teknologi minyak pelincir.

Sumber: Twitter Aid Fawzal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×