Teknologi

Betul Ke Isi Minyak Kereta Sampai Penuh Boleh Rosakkan Fuel Pump? Ini Jawapannya

21
SHARES

Selalu kita dengar tentang tak boleh isi minyak kenderaan terlalu penuh kerana akan merosakkan fuel pump. Jadi, bila isi minyak mesti teragak-agak nak isi penuh atau sekadar cukup-cukup sahaja.

Sebenarnya, mengisi minyak dengan penuh tidak akan merosakkan fuel pump tetapi ia akan menjejaskan kompenan lain kenderaan. Haa nak tahu kompenan apa? Ikuti penerangan di bawah.

Baca juga: 4 Aksesori Kereta Cantik Tapi Bahaya Kalau Pasang, Kena ‘Alert’!

BETUL KE ISI MINYAK KERETA SAMPAI PENUH BOLEH ROSAKKAN FUEL PUMP?

Pengguna Twitter dikenali sebagai saudara Aid Fawzal tampil memberitahu fakta sebenar dan menurutnya ia bukan akan menyebabkan kerosakkan fuel pump tetapi akan merosakkan ‘vapour/charcoal canister’.

Pertama sekali, mesej yang penulis tulisan viral tu nak sampaikan adalah baik. Ceritanya beliau akan isi minyak penuh hanya sehingga kepala nozzle pengisi menendang dan tak perlu teruskan isian penuh. Ini saya setuju dan ia adalah satu amalan yang baik.

Akan tetapi alasan-alasan yang penulis nyatakan adalah tidak benar. Beliau sebut berkenaan:

  • 2 peratus ruang pengembangan = tak benar!
  • Minyak kembang bila panas = berapa kembang?
  • Isi lebih-lebih nanti melimpah atas jalan = separa benar.
  • “Pandu kereta bila meter minyak bawah E rosakkan fuel pump”

Izinkan saya jelaskan dalam bentuk soal jawab.

1. Apa yang terjadi bila isi minyak penuh?

Apabila kita nak isi minyak, kita akan masukkan nozzle pengisi ke dalam lubang isian (fuel filler neck) dan tarik picu (trigger) lalu minyak mengalir masuk ke dalam tangki.

Kemudian bila minyak mula penuh, ia akan melalui vapour return hose dan datang kembali berdekatan dengan lubang isian. Siapa yang suka memerhati pasti pernah nampak minyak keluar daripada paip atau lubang kecil dalam lubang isian tu.

Haa.. minyak yang keluar ni tadi, bila dia menutup muncung depan nozzle pengisi tu yang akan buat nozzle tendang.

Ada macam-macam jenis kepala nozzle, ada yang lubang dibawah nozzle, ada yang dalam nozzle, tapi prinsipnya sama. Ia gunakan konsep ‘venturi effect’. Apabila lubang ini tertutup oleh minyak, ia akan sekat aliran keluar daripada muncung. Terus berhenti pump.

2. Adakah benar tangki kenderaan perlukan 2 peratus ruang pengembangan seperti yang dinyatakan?

Hal ini tidak benar kerana tangki minyak kenderaan ada aliran angin masuk-keluar padanya. Angin akan masuk ke dalam tangki melalui lubang isian tu.

Sebab tu penutup lubang isian ‘special’. Pusing-pusing tak ketat pon tapi dah bunyi kraaakkk!! Ia menutup laluan cecair, tapi benarkan angin untuk masuk.

Kedua, tangki kenderaan juga mempunyai Evaporative Emission Control System (biasa dipanggil pendek sebagai ‘EVAP’ system). Sistem ini gunanya untuk bantu apabila minyak tadi berubah menjadi wap.

Sistem ini gunanya untuk tapis wap minyak anda dan gunakan semula ke dalam enjin. Jika anda selalu isi minyak penuh-penuh, ada kemungkinan yang tinggi minyak akan masuk ke dalam sistem ini dan mengisi vapour atau charcoal canister.

Jika ini berlaku, lampu amaran (check engine) akan bernyala. Kene tukar canister boh!

3. Adakah isi penuh boleh rosakkan fuel pump?

Tak boleh. Yang akan rosakkan fuel pump bila selalu pandu kereta dalam keadaan minyak ‘reserved’ (atau bawah tanda E pada meter minyak). Ini kerana fuel pump tu gunakan minyak sebagai bahan penyejukan dan pelincir juga. Fuel pump yang berjalan tanpa adanya aliran minyak akan buatkan ia panas dan komponen dalamnya haus.

Selain tu, memandu dengan minyak ‘reserved’ juga boleh rosakkan fuel pump disebabkan kotoran atau enapan disedut ke dalam enjin. Ini boleh sebabkan fuel filter dan injector tersumbat juga.

Sumber: Twitter Aid Fawzal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×