Rakyat

Cara Renew Lesen JPJ & Roadtax Secara Online Melalui Portal mySikap, Mudah!

37.1K
SHARES

Roadtax kereta dan lesen memandu dah tamat tarikh luput? Tetapi sekarang kita masih berada di dalam tempoh PKP, dan beberapa negeri lain berada dalam tempoh PKPB, adakah masih boleh untuk kita ke kaunter JPJ?

Jangan risau, anda sebenarnya boleh sahaja memperbaharui lesen memandu dan roadtax kenderaan secara online. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ada menyediakan kemudahan untuk memperbaharui dua urusan ini secara online sahaja tanpa perlu keluar bersesak di kaunter! Di sini kami kongsikan langkah selanjutnya dengan mudah untuk renew lesen JPJ online di Portal MySikap.

Syarat Kelayakkan mySIKAP

Untuk mendaftar sebagai ahli mySIKAP, anda perlulah memenuhi semua syarat-syarat ini:

-Berumur 16 tahun ke atas

-Orang Awam yang memiliki myKAD yang sah

-Penduduk tetap Malaysia yang sah (myPR)

-Mempunyai 1 rekod urusan dengan JPJ Malaysia. Contohnya: lesen memandu, rekod kenderaan dan saman.

Cara Daftar mySIKAP Untuk Pengguna Kali Pertama

2 jenis pengguna iaitu eID Standard dan eID Advanced

1.eID Standard:

-Tak perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar

-Boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

2.eID Advance:

-Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.

-Boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

Tapi jangan risau, setakat urusan yang biasa-biasa contohnya nak renew lesen JPJ online (Lesen Memandu), roadtax (Lesen Kenderaan Motor), tempah no plate kenderaan (Tempah Nombor Pendaftaran), semuanya boleh dilakukan oleh pengguna eID Standard.

Di bawah ni senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pengguna Standard vs Advance.

Langkah-langkah Pendaftaran

-Layari laman web https://public.jpj.gov.my/

-Isikan butiran yang bertanda * sahaja

-Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan

-Klik Teruskan

-Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar. Klik Teruskan.

-Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.

-ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

Cara Login MySikap Kali Pertama

-Layari laman web https://public.jpj.gov.my/

-Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel

-Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru.

-Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan

-Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti.Klik Simpan. Selesai.

-Bolehlah kita renew lesen JPJ online, renew roadtax, check saman dan sebagainya melalui portal ni tanpa perlu ke kaunter lagi.

Mudah kan?

Cara Renew Lesen JPJ Online Di Portal MySikap

-Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/

-Pilih menu Lesen Memandu

-Pilih Pembaharuan Lesen Memandu

-Isikan maklumat pembaharuan lesen

-Buat bayaran

-Semak dan buat pengesahan

Selesai!

Cara Renew RoadTax Online Di Portal MySIKAP

-Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/

-Pilih menu Kenderaan

-Pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor

-Isikan maklumat pembaharuan lesen

-Buat bayaran

-Semak dan buat pengesahan

-Selesai!

*Waktu Operasi Kaunter JPJ Dalam Tempoh PKP

Seperti yang kita tahu, waktu operasi JPJ dalam tempoh PKP sangat terhad, kaedah pembayaran pula hanya menggunakan kad debit/kad bank atau kad kredit sahaja. Pembayaran secara tunai tidak diterima.

Waktu urusniaga :
Isnin – Jumaat.
9.00 pagi – 1.00 tgh hari
1.00 tgh hari – 2.00 ptg (TUTUP)
2.00 ptg – 4.00 ptg

Sabtu & Ahad: TUTUP

Urusniaga hanya terhad kepada pembaharuan lesen memandu serta Roadtax kenderaan bagi urusniaga perdagangan sahaja iaitu termasuk teksi, kereta sewa dan E-Hailing. Urusan persendirian boleh dilakukan secara atas talian melalui mySIKAP. Urusniaga persendirian juga boleh dilakukan di platform rakan niaga JPJ seperti MyEG.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×