Asuh

Cara Lukis 14 Bucu Bintang Bendera Malaysia Dengan Cepat & Tak Senget, Guna Salotape Je!

46
SHARES
cara lukis bintang

Nampaknya ramai rakyat Malaysia khususnya pihak sekolah sedang giat mendekorasi kawasan sekolah. Bukan itu sahaja, mesti mak ayah perasan bahawa anak-anak akan bawa balik kerja sekolah yang memerlukan mereka untuk melukis bendera Malaysia dan sudah pasti yang paling susah adalah melukis bintang 14 bucu dalam Jalur Gemilang. Ada cara lukis bintang yang senang tak?

Mesti mak ayah pun ‘failed’ untuk lukis bintang 14 bucu ini ketika di zaman sekolah dulu-dulu juga kan? Jadi, ada cara mudah rupanya seperti yang dikongsikan ini supaya anda dapat lukis bintang 14 bucu dengan cantik. Jom cuba!

Baca juga: Imbau Kenangan Zaman Kecil Main ‘Kereta Sorong’ Dengan Anak, Rupanya Banyak Manfaat!

CARA LUKIS BINTANG BENDERA MALAYSIA, CUKUP 14!

cara lukis bintang

“Zaman sekolah dulu, korang lukis bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahi bintang?,” tulis muat naik perkongsian tersebut.

Barang-barang yang diperlukan untuk melukis bintang tersebut sangatlah mudah:

-Selotaip sebagai pengukur utama

-Pensel

-Pembaris

-Pemadam

1.Lukis satu bulatan besar sebagai tanda panduan untuk diameter luar bintang yang akan dilukis nanti.

2.Kemudian lukis bulatan kecil menggunakan sellotape kecil atau penutup botol yang disediakan sebelum melukis tadi. Hasil lukisan dua bentuk bulatan tadi akan menghasilkan bentuk seperti donut.

3.Kemudian, buat garisan lurus di tengah-tengah bulatan dan tandakan X di tengah-tengah bulatan.

4.Kini anda boleh buat garis segi tiga bucu bintang di bulatan tengah yang kecil tadi sebagai penanda awal.

5.Selepas sudah lukiskan dua bucu, tambahkan enam lagi bucu di setiap sisi bulatan yang masih kosong. Enam bucu sebelah kiri dan enam bucu di sebelah kanan. Wah!

6.Pastikan setiap kali tanda bucu garisan, anda ikut titik pusat di tengah- tengah bulatan tersebut. Proses itu dibuat supaya bila sedang lukis, anda akan dapat bucu yang seimbang kiri dan kanan. Kalau tak sebelum ini mesti ada yang senget.

7.Selepas dapat titik yang ditanda sebagai bucu, anda boleh mula buat garisan segi tiga untuk setiap bucu. Cantumkan garisan di setiap bucu sehingga dapat bilangan 14 bucu seperti pada bendera Malaysia.

8.Apabila bintang sudah siap, anda boleh padam tanda-tanda yang dibuat bagi memudahkan proses melukis bintangn pada awal kerja tersebut.

9.Untuk buat bulan pula, anda juga boleh menggunakan sellotape besar tadi. Hanya perlu lukis separuh daripada sellotape besar tadi, ikuti langkah berkenaan sebanyak dua kali.Bintang dan bulan sabit anda sudah siap!

cara lukis bintang

*Barulah setiap kali anak bawa balik tugasan dari sekolah untuk lukis bintang Jalur Gemilang, mak dan ayah boleh tolong siapkan dengan cantik kan?

@herbbymall Zaman Sekolah dulu,korang lukis Bintang ni ada rupa bintang tak? Ke tak jadi, serupa tahiii bintang? sebenarnya mudah je, kalau nak guna jangka lukis pun lagi mudah. Share dekat anak-anak, kawan-kawan dan Cikgu sekolah korang 🤭 👉 Cara lukis Bintang bucu 14 benders Malaysia 🇲🇾 Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang ke-66 #malaysiamerdeka🇲🇾 #merdeka2023 #tutoriallukisbenderamalaysia #bintangbucu14 ♬ original sound – Song lyrics

Baca juga: Nampak Comel Tapi Sangat Ganas, JANGAN Biarkan Anak Tonton 6 Rancangan Kartun Ini!

Sumber: Tiktok Herbbymall

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×