Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan aplikasi MyBorderPass untuk memudahkan proses pelepasan imigresen di KLIA.
Penggunaan MyBorderPass adalah bermula Januari dan ia menjadi satu keperluan bagi warganegara Malaysia yang ingin menggunakan sistem kod QR di KLIA terutamanya untuk imbas pada autogate.
Baca juga: Contoh Soalan Untuk Jawab Ujian Lesen Memandu, Confirm Tak Gagal & Tak Payah Ulang
APLIKASI MYBORDERPASS: INI CARA DAFTAR & PANDUAN PENUH
Antara kelebihan pelepasan imigresen menggunakan Kod QR adalah seperti berikut:
– Tempoh pelepasan imigresen hanya mengambil masa 5 hingga 7 saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan kaedah autogate konvensional dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan di pintu masuk terutama di waktu puncak.
– Meningkatkan keselamatan dan kecekapan perkhidmatan melalui penggunaan teknologi terkini serta mengurangkan ketirisan.
Kemudahan ini disediakan untuk:
- Warganegara Malaysia
- Warganegara 63 negara yang layak, termasuk Australia, Brunei, Kanada, China, Jepun, Singapura, Korea Selatan, UK dan AS
Cara penggunaan MyBorderpass di KLIA adalah seperti di bawah:
1. Muat turun aplikasi MyBorderPass.
2. Kemudian, daftar, masukkan butiran peribadi dan perjalanan anda untuk menjana kod QR.
3. Lakukan proses pengesahan wajah melalui aplikasi sebelum memulakan perjalanan atau semasa ketibaan.
4. Apabila tiba di KLIA, cari lorong khas yang dilengkapi dengan sistem kod QR.
5. Tunjukkan kod QR yang dijana oleh aplikasi MyBorderPass kepada pengimbas di lorong tersebut.
Perlu diingatkan bahawa anda masih perlu membawa pasport walaupun menggunakan lorong kod QR tersebut.
Pengembara warganegara Malaysia perlu memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftarkan maklumat perjalanan sebelum menggunakan sistem kod respons pantas (QR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Baca juga: 5 Berita Insiden Kapal Terbang Yang Menggemparkan Dunia, Penutup Duka 2024 Industri Penerbangan…
Sumber: eCentral