Rakyat

Cara Dapatkan Diskaun 10% Setiap Bulan Untuk Peminjam PTPTN

8
SHARES

Seperti yang kita tahu, bagi mereka yang sudah tamat pembelajaran di universiti pembayaran balik pinjaman PTPTN harus dilaksanakan setiap bulan. Hal ini untuk mengelakkan jumlah tunggakan semakin meningkat sehingga membuatkan peminjam susah untuk membayar.

Justeru itu, pihak PTPTN kini menawarkan potongan 10% setiap bulan agar memastikan peminjam dapat membayar pada waktu yang telah ditetapkan. Nak tahu macam mana? Jom tengok perkongsian di bawah. Adat meminjam mestilah kena bayar semula…

Baca juga: Cara Bayar Hutang PTPTN Guna Shopee, Siap Ada Diskaun!

CARA DAPATKAN DISKAUN 10% SETIAP BULAN UNTUK  PEMINJAM PTPTN

Nak diskaun 10% setiap bulan bayar PTPTN ? Ikut step mohon debit terus ini

– Login semak penyata pinjaman (https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login)

– Cari semak penyata baki. Disarankan guna web browser mozilla firefox lebih lancar di desktop atau laptop.

– Cari ‘pendaftaran untuk debit terus’ dan klik.

– Klik ‘permohanan baru’.

– Isi maklumat serta amaun dan link kan dengan online bank.

– Selesai dan enjoy diskaun sehingga bulan 4/2022

– Lupa password? Hubungi admin pegawai PTPTN untuk resetkan:

https://sspniplus.com.my/hubungi-kami/ 

– Nak semak potongan diskaun bayar habis dengan pegawai PTPTN online:

https://sspniplus.com.my/diskaun-ptptn-bayaran-balik…/

Sumber: Facebook SSPN-i Plus PTPTN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×