“Alamak, hutang PTPTN tak habis bayar lagi…”
Bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke universiti, pinjaman PTPTN antara inisiatif yang sering digunakan bagi memastikan keperluan wang bulanan mencukupi untuk menampung kehidupan.
Peminjam harus mula membayar pinjaman tersebut setelah mereka tamat pembelajaran dengan satu amaun yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.
Bagi yang inginkan diskaun, apa kata anda cuba satu cara yang dikongsi oleh Shiqi Hor. Haa bukan baju je ada diskaun, nak bayar PTPTN pun boleh diskaun. Jom tengok!
Baca juga: Ibu Kongsi Cara Dapatkan Diskaun Hotel RM50-100, Semua Negeri Boleh!
CARA BAYAR HUTANG PTPTN GUNA SHOPEE, SIAP ADA DISKAUN
Hutang PTPTN tapi nak bayar cara jimat! Hutang RM100 tapi bayar RM83 sahaja! Korang tahu tak korang boleh bayar PTPTN melalui Shopee? Lepastu boleh jimat banyak kalau korang ada banyak Shopee Coins. Lagi banyak coins = lagi jimat! Kalau korang tak guna coins tu, lama lama coins tu luput juga. Max rasanya RM30! Banyak juga tu.
Caranya senang je. Ikut je macam ni:
1. Buka aplikasi Shopee: https://shp.ee/7kwyhux & tekan Tickets, Top Up & Bills tu.
2. Tekan PTPTN dan Pilih sama ada nak buat bayaran balik PTPTN / SSPN-i / SSPN-i Plus.Masukkan IC.
3. Letak amount yang korang nak bayar tu. Jangan lupa redeem coins korang tuuu! Tekan Pay Now kalau dah redeem coins.
4. Lepas dah bayar, tekan Order Received. Jangan lupa download Receipt untuk rujukan nanti.
Dahhhh siap!Jangan lupa check in Shopee, collect coins setiap hari! 🤪 nak beli barang tu, rajin2 collect coins cashback juga ye. Shopee Coins Daily Rewards di sini: https://shp.ee/mmu2tqb
Sumber: Shiqi Hor