Deko & Hias

Tips Cuci Kain Buruk & Kain Lap Jadi Bersih, Sesuai Untuk Pengusaha Kedai Makan!

7
SHARES

Kebiasaannya, penggunaan kain buruk paling banyak digunakan oleh pengusaha kedai makan untuk memastikan kebersihan premis dan keselesaan pelanggan terjaga. Disebabkan itu, anda perlukan tips cuci kain buruk yang terbaik untuk pastikan kotoran degil tertanggal untuk digunakan semula.

Malah, lambakan kain buruk yang kotor kalau tidak dicuci setiap hari boleh mengundang pembiakan bakteria. Jadi, kotoran degil seperti minyak susah dicuci? Sudah puas merendam dan menggosok tapi kotoran masih ada? Jangan risau lagi! Mungkin anda boleh guna tips yang dikongsikan oleh Puan Zuraidah Ismail di bawah ini.

Baca juga: Biar Betul Ada 100 Bahan Kimia Dikeluarkan Daripada Semburan Air Freshener?

TIPS BERGUNA UNTUK PENGUSAHA KEDAI MAKAN TERUTAMANYA!

tips cuci kain buruk

TIPS CUCI KAIN BURUK & KAIN LAP

Cara nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yang kotor.

SEDIAKAN BAHAN:

  • Clorox
  • Pencuci kain

CARA-CARA:

tips cuci kain buruk

1. Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam clorox biar lebih sikit.

2. Selepas itu, basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit.

3. Selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu.

4. Bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox, putar lagi beberapa minit.

tips cuci kain buruk

5. Masuk dalam pengering balik.

6. Angkat dan bilas macam biasa.

7. Keringkan dan jemur.

Kak Ida memang cerewet dalam hal-hal kebersihan rumah tangga dan kain buruk untuk meniaga. Ini Kak Ida tunjuk cara basuhnya.

Sharing is caring! LOVE FROM KAK IDA.

Nota: Dulu dah share hari ini share balik tips nak basuh kain buruk atau kain lap lap yang kotor.

tips cuci kain buruk

Walaupun, kaedahnya memerlukan penggunaan banyak masa dan pengulangan. Namun, untuk memastikan kebersihan benar terjaga tidak salah jika mencuba dan meluangkan waktu. Barulah pelanggan yang melihat tidak merasa geli, meja tidak melekit dan tidak berbau busuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Zuraidah Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×