Famili

Cara Buka Akaun ADAM50 Untuk Bayi Anda

2.2K
SHARES

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau singkatannya, ADAM50 adalah sebuah dana tabungan permulaan yang dikhaskan bagi semua anak Malaysia seperti diumumkan dalam Bajet 2018 yang lalu. Objektifnya adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia dengan pemberian insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan iaitu sebanyak RM200. Jadi, buat anda yang baru sahaja melahirkan jangan lupa untuk buat akaun ni ya!

CARA UNTUK BUKA AKAUN ADAM50 untuk baby

Yeay! Amanina dah daftar. Khas untuk baby yang lahir tahun 2018 sehingga 2022. Ambil lah peluang ni. Daftar bawak salinan sijil lahir baby je. Lepastu automatik baby dapat rm200 dalam ASNB. Cukup umur 18 boleh bawak keluar.

1. Pegi mana-mana cawangan ASB, lagi baik pegi pejabat ASB terus.

2. Bawak salinan sijil lahir baby dan mykid baby (untuk scan), ic ibu jika nak guna nama ibu, ic ayah jika nak guna nama ayah. BABY tak perlu bawa.

3. Untuk bukak akaun ni, baby tak perlu masukkan duit langsung. Jika kita nak masukkan duit, lagi bagus.

-Amanah Saham Nasional Berhad

Macam Mana Nak Semak Duit Rm200 Masuk Ke Tak?

– Kita semua BOLEH semak duit rm200 tu. Jika akaun baby dibuka atas nama ibu. Ibu wajib ada akaun asb, jadi ibu boleh daftar asb online. So, korang boleh bukak asb online, dalam tu ada lah maklumat pasal akaun asb baby korang dan duit rm200.

Kemudian jika ada duit raya baby, boleh ja masukkan dalam akaun tu. Duit tu akan membiak sebab dalam asb kan. Mestilah ada dividen tahunan. Tup tup bila baby dah 18 tahun, berapa dah duit baby. Nak sambung belajar masuk IPTA, senang! Parents tak sakit kepala, sebab duit dah ada.

Sumber : Shifae Penawar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×