Dapur

Cara Buat Telur Masin Homemade, Cantik & Masak Elok!

3.2K
SHARES
cara buat telur masin

Selain telur mata, telur rebus dan telur dadar, antara jenis telur yang selalu menjadi ‘peneman’ hidangan lauk kampung dan nasi kandar adalah telur masin. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang menggemari telur masin khususnya telur merahnya kerana mempunyai rasa lebih unik dan enak.

Telur masin ini sebenarnya mudah sahaja untuk dibuat secara homemade, yang penting anda kena tahu teknik supaya kejadiannya elok!

Baca juga: Panduan Beli Buah & Sayur Kena Tahu Dari Negara Mana, Elak 2 Negara Ini!

CARA BUAT TELUR MASIN HOMEMADE, CANTIK & MASAK ELOK!

BAHAN-BAHAN

– 5O biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering).

– 5OO gram garam kasar.

– 1.5 liter air.

– 2 helai daun pandan.

– Bekas berpenutup.

CARA MEMBUAT:

1. Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan (pastikan betul-betul sejuk iya).

2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.

3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).

4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu..

– Kalau belum cukup masin boleh tambah 3, 4 hari lagi.

5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam. SIAP!

cara buat telur masin

Selamat mencuba!

P/s: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.

Sumber: Raja Amanina via Zeff Zeqh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×