Dapur

Panduan Beli Buah & Sayur Kena Tahu Label Dari Negara Mana, Elak 2 Negara Ini!

197
SHARES

Buah-buahan dan sayur-sayuran sudah semestinya menjadi makanan wajib bagi orang ramai khususnya yang mempunyai anak-anak yang makin membesar. Sudah pastinya mak ayah akan sediakan makanan yang mempunyai nutrisi yang tinggi supaya anak-anak dan seisi keluarga pun sihat.

Oleh itu, sebenarnya ada panduan yang anda perlu teliti sebelum membuat pembelian buah dan sayur supaya tidak tersalah pilih. Yang penting adalah untuk baca label yang tertera supaya anda tahu makanan yang dibeli berasal dari negara mana. Kalau nak tahu pemilihan yang mana terbaik, jom ikuti perkongsian dari Mazliana Mazlan ini.

Baca juga: Cara Pilih Jenis Susu Di Pasaran Ikut Label & Kandungan Supaya Tak Tersalah Beli

PANDUAN BELI BUAH & SAYUR KENA TAHU LABEL DARI NEGARA MANA

Nak beli buah pun ada label yang kita nak kena baca. Walaupun tak ada bahan ramuan pada setiap jenis buah, tetap kena tengok buah tu datang dari negara mana. Saya biasanya cuba elakkan ambil buah dari negara China dan USA.

Negara China, terkenal dengan pencemaran tanah yang paling tinggi di dunia. Kajian menyatakan 1/5 tanah di China tercemar dengan bahan buangan, racun serangga, logam berat dan sebagainya. Negara USA pulak, terkenal dengan teknologi buah dan sayur GMO nya. Dua negara ni, saya cuba elakkan. Saya suka sangat cari buah di Aeon. Sebab label dari negara mana terpampang jelas betul. Huruf paling besar, kedudukan paling teratas.

Bagus sangat macam ni kan. Buat lebih ramai akan cakna dengan buah dari negara mana yang kita nak bagi keluarga makan.Sama-sama kita cuba ok, setiap hari tambah sedikit ilmu baru tentang tabiat pemakanan ke arah yang lebih sihat.

1.Saya cuba elakkan kalau buah dari negara yang ini.

2.Anggur South Africa. Yang dari USA, saya cuba untuk tak ambil.

3.Fuji apple dari Korea.

4.Kiwi dari Italy.

5.Epal dari South Africa.

Tips untuk memilih buah dan sayur

1. Cari buah dan sayur yang berlabel

Baca label dari mana buah dan sayur itu datang, walaupun hasil tanaman sebenarnya tidak perlukan apa-apa bahan ramuan untuk dilabelkan. Elakkan hasil tanaman dari negara China.

2. Cari buah dan sayur di pasaraya

Jarang sekali saya jumpa buah dan sayur yang berlabel di pasar basah, pasar tani atau pasar malam. Jika susah nak bertanya, cari buah dan sayur di pasaraya untuk elakkan kita mengambil hasil tanaman dari China.

3. Bertanya jika tiada label

Ada juga hasil tanaman orang kampung di jual di pasar basah, pasar tani, juga pasar malam. Tapi banyak juga yang datang dari China. Kuncinya, bertanya jika tiada label untuk dibaca.

4. Cari buah dan sayur organik

Jika tiada pilihan buah dan sayur yang selain dari negara China, laburkan sedikit pada buah dan sayur organik. Buah biasanya banyak pilihan dari pelbagai negara, saya kira ia bukan satu masalah yang besar. Sayur kebanyakan datang dari China seperti bawang putih, kentang, lobak merah, kobis dan sebagainya.

*Selamat memilih yang terbaik!

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×