Dapur

Cara Buat Sosej ‘Homemade’ Sihat Tanpa MSG Yang Sesuai Untuk Si Manja, Yakin Bersih!

1.5K
SHARES

Antara makanan yang menjadi kegilaan anak-anak yang makin membesar sudah tentu terdiri daripada rangkaian makanan segera yang boleh didapati di mana-mana sahaja. Setiap kali nak makan, mesti nak makan burger, kentang goreng atau sosej sahaja. Risau juga kalau selalu diberikan makanan sebegini kepada anak-anak. Jadi, salah satu caranya adalah dengan masak secara homemade supaya kita yakin bahawa makanan yang diberikan adalah bersih dan sihat.

Jom kita cuba salah satu makanan yang menjadi kegemaran anak-anak iaitu sosej tapi bukan yang dibeli tau! Mudah sahaja nak buat sendiri sosej ni, ala-ala makana Itali!

RESIPI SOSEJ HOMEMADE TANPA MSG

BAHAN-BAHAN

http://sufficientacres.com/

– Isi ayam (zaty guna 1 kpg bahagian dada)

– Bawang putih 1 ulas, Bawang besar/ bwg holand

– Telur 1 biji

– Mix herbs

– Secubit chili flakes(ikut kepedasan)

– Sayur ikut la nk letak apa zaty letak carrot je

– Garam dan Lada hitam / lada sulah

-Tepung ubi /jagung (ikut kuantiti ayam) zaty guna 2 sb

– Air untuk blendkan bahan-bahan di atas (ikut keperluan)

CARA-CARANYA

1. Mix semua bahan di atas sampai hancur dan mudah untuk korang piping nanti kecuali tepung ubi.

www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN

2. Dah siap tuang adunan dalam bekas dan masukkan tepung, gaul sebati rasa dah ok, masukkan dalam piping bag dan korang boleh start paipkan adunan dalam plastik ais krim atau apa-apa plastik korang nak guna ikut la kreativiti masing.

3. Kukus dalam 20-30 minit ikut suhu api masing. Dah siap kukus terus rendam sosej yang siap tu dalam air ais selama 5 min untuk bagi dia pejal-pejal. Dah siap tu korang boleh la nak mkan terus ke, goreng ke atau frozen kan sahaja.

*Yang penting sekali adalah sentiasa berikan makanan yang bersih dan sihat ya untuk anak-anak!

Sumber: Nurul Izzaty 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×