Sudah menjadi kebiasaan apabila diet pasti makanan manis dan bergula akan ditinggalkan kerana bimbang akan menganggu proses penurunan berat badan.
Bagi anda yang ingin menambah peanut butter dalam hidangan harian, apa kata cuba satu resepi iaitu peanut butter homemade. Sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat kerana tanpa ada gula, garam dan minyak.
Baca juga: 4 Menu Rendah Kalori Untuk Anda Cuba, Sedap & Tak Bosan!
CARA BUAT PEANUT BUTTER VERSI SIHAT, SESUAI UNTUK DIET
Alhamdulillah menjadi jugak peanut butter homemade. Tak ada gula, tak ada garam dan tak ada minyak.
Cara penyediaan:
1. Sangai kacang dalam air fryer mengikut kesesuaian air fryer masing-masing.
2. Sejukkan kacang dan ketepikan.
3. Baru blender. Saya guna blender kering sahaja.
4. Siap dah. Tak ada gula, garam dan minyak.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Nurul Zhafarina