Dapur

Selain Roti Cadbury, Ini Pula Resipi Roti Peanut Butter Goreng Meleleh Viral Anda Kena Cuba!

Baru-baru ini viral di laman media sosial dengan resipi roti inti Cadbury yang ternyata dapat menarik selera orang ramai. Oleh itu, ramai dalam kalangan penggemar makanan turut mempelbagaikan jenis inti untuk roti ini dan salah satunya adalah roti berintikan peanut butter. Apa yang menarik perhatian lagi adalah inti peanut butter yang meleleh-leleh keluar akan menjadi kegemaran anak-anak dan seisi keluarga.

Macam mana nak buat? Jom kita ikut resipi yang dikongsikan oleh wanita ini yang mendapat lebih 4 ribu perkongsian Facebook.

RESIPI ROTI PEANUT BUTTER GORENG MELELEH

Roti tu saya goreng guna marjerin ye pakai kuali pan…bila marjerin dah panas masukkan roti terbalik-balikkan agak-agak garing angkat. Saya tekap pakai tupperware. 

1.Bahan yang diperlukan adalah roti dan peanut butter.

2. Tupperware untuk buat bentuk roti.

3. Ini adalah rupa bentuk roti yang telah ditekap menggunakan tupperware bersama inti peanut butter.

4. Gorengkan dalam kuali pan yang panas. Boleh tengok peanut butter tu meleleh-leleh keluar dari roti apabila anda gigit.

5. Ini adalah cara-caranya untuk buat roti peanut butter meleleh.

*Boleh juga buat untuk bekal anak ke sekolah!

Sumber : Aila Syakila

Most Popular

To Top