Dapur

Cara Buat Nasi Lemak Paling Senang, Nasi Lembut & Sambal Merah Elok!

36
SHARES
RESEPI NASI LEMAK SIMPLE

Sebut sahaja nasi lemak sudah tentunya ia merupakan juadah paling digemari oleh semua kaum di Malaysia. Tidak kira siang atau malam, nasi lemak memang sentiasa di hati dan boleh dimakan bila-bila sahaja.

Nampak mudah sahaja sebenarnya nak masak nasi lemak di rumah tapi bila buat tak menjadi pula. Ada sahaja masalah seperti kurang santan, sambal tak menjadi dan lain-lain. Kalau nak cuba masak nasi lemak perfect di rumah, ikut sahaja perkongsian resepi nasi lemak simple di bawah ini. Simpe tapi mengaum bila makan!

Baca juga: Orang Johor Kongsi Rahsia Buat Sambal Kicap ‘Kick’, Baru Menjadi!

RESEPI NASI LEMAK SIMPLE TAPI NASI CONFIRM LEMBUT

RESEPI NASI LEMAK SIMPLE

Bahan-bahan nasi lemak:  

  • Beras
  • Halia tumbuk
  • Daun pandan
  • Santan satu kotak
  • Garam
  • Minyak masak

1. Ini cara saya sukat beras. Air akan ikut paras beras. Sama macam masak nasi putih juga.

RESEPI NASI LEMAK SIMPLE

2. Bila dah dapat sukatan beras, saya alihkan beras dalam bekas lain. Kemudian, isi air dalam periuk nasi mengikut paras beras tadi seperti gambar di bawah.

RESEPI NASI LEMAK SIMPLE

3. Kemudian, masukkan santan satu kotak. Tak kisah nak pakai santan apa pun. Ini pakai kotak yang kecil sahaja. Itu pun dah rasa lemak-lemak.

RESEPI NASI LEMAK SIMPLE

4. Masukkan halia, daun pandan, garam dan minyak masak. Masuk minyak masak dalam 3 sudu besar sahaja untuk nasi masak cantik sebiji-sebiji.

RESEPI NASI LEMAK SIMPLE

5. Macam ni la rupanya. Jangan masukkan beras dulu. Terus tekan dan masak nasi macam biasa. Bila dah menggelegak, baru masukkan beras yang dibasuh tadi.

Nasi dah siap masak. Cantik dan wangi betul. Sekarang kita masak sambalnya pula.

CARA MASAK SAMBAL NASI LEMAK

RESEPI NASI LEMAK SIMPLE

Bahan-bahan: 

  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia seinci
  • Belacan separuh tapak tangan (digoreng garing dahulu)
  • Ikan bilis segenggam (goreng dahulu)

*Kisar semua bahan di atas.

1. Tumiskan bahan kisar menggunakan minyak goreng ikan bilis. Tumis sehingga garing dan masukkan pula cili kering yang sudah direbus dan kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

RESEPI NASI LEMAK SIMPLE

2. Perasakan dengan garam, gula, pes asam jawa, gula melaka atau gula perang secukupnya.

3. Masak sehingga mendidih dan sedia untuk dihidangkan. Memang sedap dihidangkan dengan telur rebus.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Amylia Nasir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×