Kembung perut boleh disebabkan oleh pelbagai punca, termasuk tabiat pemakanan yang tidak sihat, stres dan sebagainya.
Bagi anda yang ada masalah kurang lawas, badan berangin, perut sebu, buncit dan ingin melegakan masalah ini, boleh cuba amal minum shot Halia. Istimewa resipi perkongsian pengguna TikTok Sabrinabawa yang menggunakan bahan-bahan semulajadi. Nak buat pun sangatlah mudah.
Baca juga: 9 Makanan Penting Anda Boleh Makan Untuk Elak Diserang Gastrik Ketika Puasa
KEBAIKAN AIR “SHOT” HALIA DAN LEMON
Cara terbaik untuk mengawal masalah ini adalah dengan mengamalkan jus halia. Halia sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan. Walaupun ia tidak sepenuhnya menyembuhkan perut kembung, minum air halia boleh menjadi air detox untuk badan kita.
Bukan itu sahaja, dalam resipi air “shot” ini, terdapat buah lemon yang kaya dengan vitamin C, antioksidan dan khasiat yang tinggi untuk kesihatan.
Kombinasi halia, lemon dan garam dikatakan mampu membantu proses pelawasan. Ramai yang mempunyai masalah ini terpaksa makan ubat lawas. Apa kata anda cuba resipi air “shot” ini jika ianya dapat membantu masalah anda.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
– 2 sudu besar halia
– Setengah biji air lemon yang diperah
– Garam Himalayan
– Satu cawan kecil air kosong
CARA UNTUK MEMBUAT AIR SHOT HALIA
1. Parutkan halia yang ada sehingga dapat 2 sudu besar lalu masukkan ke dalam “juicer”
2. Masukkan separuh air lemon ke dalam “juicer” yang sama
3. Masukkan sedikit garam Himalayan. Jika tidak ada garam Himalayan, boleh guna apa-apa sahaja garam yang ada di dapur.
4. Satu cawan kecil air kosong. Masukkan semua bahan lalu kisar sehingga sebati dan boleh minum setiap pagi.
Video penuh:
@sabrinabawa Recipe in the comments 💗 Are you team pulp, or not? 😆 This is for informational purposes only, always check with your doctor before trying new herbal supplements, spices, or practices. #healthylifestyle #gingershot #ginger #guthealth #bloating #detox
Selamat mencuba dan kongsikan kepada kami jika resipi air ini membantu anda!
Sumber: TikTok Sabrinabawa