Sihat

Cara Bertangas Untuk Sihatkan “Miss V” Anda

13
SHARES
cara bertangas

Pernah dengar tak perkataan bertangas? Mestilah pernah sebab ia merupakan amalan lazim yang selalu dibuat oleh orang Melayu. Kalau dengar perkataan bertangas sahaja, mesti orang akan ingat untuk orang yang sedang berpantang kan? Padahal orang yang belum bersalin pun boleh mengamalkannya.

Bertangas dapat membantu mengeluarkan peluh serta toksin dari badan. Bagi wanita bersalin, ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan rahim dengan cepat. Ianya juga bagus untuk dilakukan setiap kali selepas haid. Oleh itu, seorang pengguna TikTok @lora_dash telah berkongsi cara nak bertangas di rumah.

Baca juga: Habuk Degil Selalu Melekat Di Perabot, Ini Cara Nak Hilangkan Dengan Mudah!

RESIPI BERTANGAS UNTUK SIHATKAN “MISS V” ANDA

Bagi yang belum tahu, bertangas adalah proses ‘mandi wap’ yang melibatkan anggota sulit wanita, iaitu vagina. Ia dilakukan bagi membuang bau badan, melancarkan peredaran darah dan haid, serta menjaga kesihatan faraj.

Terdapat banyak kebaikan bertangas antaranya adalah membantu ibu bersalin melancarkan pengaliran darah nifas, mengeluarkan toksin, serta membantu melangsingkan tubuh.

Herba-herba terpilih yang digunakan juga dipercayai dapat mengelakkan kekenduran rahim, serta mempercepatkan kesembuhan pada luka jahitan selepas bersalin.

Rawatan ini tidak terhad kepada wanita selepas bersalin saja kerana ia juga dikatakan mampu mencegah masalah bau dan keputihan pada vagina.

Oleh itu, apa resipi untuk bertangas ini? Ini adalah caranya:

Bahan-bahannya:

– Serai wangi
– Manjakani
– Bunga cengkih
– Sirih
– Pandan
– Lada hitam
– Halia

Cara-caranya:

– Masak rebus pakai periuk nasi, tangas selama 15-20minit. Sudah selesai!

Ringkasnya, amalan bertangas bukan saja membantu memulihkan wanita lepas bersalin, tetapi ia juga menawarkan pelbagai khasiat kepada wanita bujang. Selamat mencuba kepada wanita di luar sana!

Video penuh:

@lora_dash

Buat 15-20 minit bertangas pasti sedap. #bertangas #fyp #resepiketat

♬ original sound – Susi Octaviani Wisud – Susi Octaviani

Sumber: TikTok @lora_dash

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×