DIY & Kraf

Habuk Degil Selalu Melekat Di Perabot, Ini Cara Nak Hilangkan Dengan Mudah!

5.7K
SHARES
cara hilangkan habuk

Rumah yang cantik dan bersih merupakan idaman hampir semua orang. Apabila rumah kotor, mesti mental kita pun jadi serabut jugak. Jadi sangat penting untuk semua orang mempunyai rumah yang bersih.

Habuk menjadi salah satu punca rumah jadi nampak kotor dan juga boleh memudaratkan kesihatan kita. Bukan itu sahaja, kadang-kadang stres juga kerana walaupun dah bersihkan rumah, dalam masa sehari mesti sudah cepat berhabuk. Oleh itu, seorang pengguna TikTok @jason_jezi telah berkongsi cara nak hilangkan habuk dan buatkan habuk tidak lekat pada permukaan perabot.

Baca juga: Tips Guna Bawang Putih Untuk Hapuskan Kutu Beras, Confirm Menjadi!

CARA NAK HILANGKAN HABUK DAN BUAT HABUK TIDAK LEKAT PADA PERMUKAAN PERABOT!

Senang sahaja nak buang habuk ni. Tapi yang stresnya bila habuk ni datang dengan cepat walaupun baru semalam kita dah bersihkan rumah. Oleh itu, ada tips yang boleh membuatkan habuk itu tidak lekat pada rumah.

Caranya adalah membuat air lap magik! Bukannya magik sangat pun, hanya dengan menggunakan beberapa bahan ini, confirm habuk pun takut nak datang!

Bahan-bahannya:

– 1 sudu minyak zaitun
– 2 sudu sabun
– 2 sudu cuka
– 1 cawan air
– Sedikit essential oil

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan-bahan tersebut dan goncangkan sehingga sebati.

2. Letakkan ke dalam botol penyembur. Dan sudah siap!

Sangat mudah kan nak buat penyembur magik ini! Memang confirm habuk pun takut datang nak lekat. Selamat mencuba!

Video penuh:

@jason_jezi

Habuk terus tak lekat lagi👍🏻 Share kpd kawan2 #tiktokguru #jombelajar #jezismart #learnontiktok #tips #viral

♬ ZOOM – Jessi

Sumber: TikTok @jason_jezi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×