Dapur

Tips Guna Bawang Putih Untuk Hapuskan Kutu Beras, Confirm Menjadi!

386
SHARES
cara nak hilangkan kutu beras

Pernah tak kita baru sahaja beli beras minggu lepas, tetapi dah ada kutu beras? Boleh stres dibuatnya. Kutu beras ini memang selalu kita jumpa dalam beras atau tepung, terutamanya yang dah disimpan lama. Walaupun kecil, serangga ini boleh mengunyah plastik dan juga kertas dengan mudah.

Bila beras dah ada kutu beras, nasi yang kita tanak nanti jadi tidak berapa sedap dan mudah basi. Oleh yang demikian, seorang pengguna TikTok @nz.pgs telah berkongsi cara dan tips untuk menghalau kutu beras ini.

Baca juga: 4 Makanan Ibu Mengandung Kena Elakkan, Boleh Menyebabkan Bayi Cacat

TIPS NAK HILANGKAN KUTU BERAS

Jika dibiarkan kutu ini ‘bersarang’ dalam bekas atau plastik simpanan beras, ia boleh mengurangkan serta merosakkan kualiti beras. Maka dengan itu, kita perlulah mengusirnya seawal mungkin apabila ternampak ‘kelibat’ kutu beras ini.

Masalah yang paling sering adalah kutu beras yang membuat beras jadi bau. Padahal ada sahaja beberapa cara menyimpan beras yang boleh diawet dan harumnya tahan lama.

Selalunya petua orang tua akan suruh kita gunakan cili kering, asam keping dan daun limau purut. Kali ini, berbeza sedikit kerana kita akan menggunakan bawang putih. Selalunya, bawang putih akan buat makanan lebih lazat dan enak, tetapi ianya juga boleh dibuat menjadi penghalau kutu!

  • Guna bawang putih

Cuma Taruh Bawang Putih di Atas Beras, Wanita ini Kaget karena Beras Miliknya Awet dan Harum Sampai Setahun Lebih - Semua Halaman - Sajian Sedap

Letak bawang putih dalam beras dan benamkan. Boleh juga letak atas permukaan beras dan biarkan seharian. Contohnya, kalau buat masa pagi, petangnya dah boleh periksa dan confirm semua beras kutu hilang.

Kutu beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini.

Selain daripada menggunakan bawang putih, pastikan beras yang disimpan haruslah diletakkan pada tempat yang bersih okay!

Selamat mencuba!

Video penuh:

@nz.pgs

Beras ada kutu ups!! jangan buang ikut tips cara saya ni😘moga beri manfaat pada semua para emak2 😍part 2 result nya #tiktoksabahan #foryoupage

♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) – normuhammadhafiezhayqal

Sumber: TikTok @nz.pgs

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×