Deko & Hias

Cara Bersihkan Filter Aircond Di Rumah Yang Dah Berhabuk. Barulah Sejuk!

7.6K
SHARES
Cara bersihkan filter aircond rumah

Dengan cuaca panas di Malaysia, kebanyakan rumah kini menggunakan aircond untuk membantu menyejukkan udara.

Tak kiralah sama ada kita cuma guna aircond waktu nak tidur atau waktu cuaca panas petang-petang, kita juga mesti kerap membersihkan bahagian filternya supaya aircond kekal sejuk dan dapat berfungsi dengan lebih efisyen.

Di sini kami kongsikan cara bersihkan filter aircond di rumah dengan langkah step-by-step yang ditunjukkan oleh Ahmad Syahril Mohd.

Jom DIY sendiri. Senang je!

Cara Bersihkan Filter Aircond Di Rumah Yang Dah Berhabuk

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi saya sekadar nak bantu kawan-kawan yang belum tahu.

Bila aircond dah rase kurang sejuk, filter tu penuh habuk dah tu. Jadi jom kita belajar bersihkan supaya pengudaraan dalam rumah pun lebih lancar bila pasang aircond tu nanti.

1. Buka Filter

Cara nak buka filter tu, mula-mula tarik di bahagian ini, dekat kedua-dua belah kiri dan kanan aircond.

2. Keluarkan Filter

Lepas tu keluarkan filter di depannya.

Caranya tarik je perlahan-lahan.

Macam ni rupa filter tu.

3. Bersihkan Habuk

Kemudian sapu habuk tu bagi bersih.

Nak bersihkan atau basuh guna air pun boleh. Tapi lepastu pastikan kering dulu baru pasang semula.

4. Pasang Semula

Cara nak pasang balik pun sama lebih kurang macam buka tadi.

Cuma tolak masuk semula ke tempatnya.

Tolak filter sampai ia masuk ke senggatan ni.

cara bersihkan filter aircond

5. Tutup Semula

OK dah siap pasang macam ni, tutup kembali penutupnya.

Barulah Aircond Rasa Sejuk!

Mudah kan buat sendiri?

Jadi sementara ada masa cuti ni bolehlah buat. Barulah aircond tu rasa sejuk sikit.

Sebenarnya seeloknya filter aircond ni dicuci atau dibersihkan setiap 2 minggu sekali, bergantung pada kekerapan kita menggunakannya. Kalau udara sekitar rumah kita berhabuk dan kurang bersih, kenalah bersihkan dengan lebih kerap.

Langkah membersihkan filter aircond ni juga adalah sebagai maintenance yang membantu memanjangkan hayat aircond kita supaya ia dapat berfungsi secara optimum buat masa yang lebih lama.

Jadi dah tahu ni, lepas ni bolehlah buat selalu ya!

*Cara bersihkan aircond ini dikongsikan oleh  Ahmad Syahril Mohd menerusi Facebook. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×