Kini Trending

CCTV Hantar Mesej Dalam Rumah Ada ‘Pergerakan’, Rupanya Pak Guard Masuk Siap Tinggal Baju!

23
SHARES

Viral di laman media sosial apabila seorang wanita di Facebook, berkongsi detik-detik yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya apabila rumah kediaman miliknya dimasuki seseorang yang tidak dikenali. Kejadian berkenaan berlaku pada 10 Februari lalu kira-kira jam 12.14 pagi ketika dia dan anak-anaknya tiada di rumah.

Apa yang mengejutkan adalah rakaman CCTV menghantar mesej bahawa ia mengesan ‘pergerakan’ di dalam rumahnya. Rupa-rupanya diceroboh oleh…

Baca juga: [VIDEO] ‘Laju Air Mata’- Ayah Titip Pesan Untuk Anak Perempuan Bakal Berkahwin Undang Sebak…

CCTV HANTAR MESEJ ADA ‘PERGERAKAN’, RUPANYA SECURITY GUARD CEROBOH MASUK RUMAH!

Kisahnya bermula apabila wanita berkenaan yang dikenali sebagai Yuyun Nissa mendapat satu notification menerusi telefon bimbitnya yang mengatakan CCTV di dalam rumahnya mengesan ‘pergerakan’. Pergerakan apakah itu?

Apa yang mengejutkan, dia melihat pengawal keselamatan di kawasan perumahan miliknya itu menceroboh masuk serta dilihat sedang berkeliaran di dalam rumah.

Yuyun tak sampai rumah lagi masih kat luar on the way nak balik dari pergi makan. Tiba-tiba dapat notification CCTV dari dalam rumah ‘motion detected’ asyik ‘blink’ je terus buka tengok live CCTV.

Allahuakbar sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah Yun. Lelaki tu macam familiar sangat sekali tengok baju dia pakai.. Oh no! Kenal sangat. Rupanya security guard perumahan Yuyun. Dia asyik berkeliaran dalam rumah naik turun siap buka baju semua.

Lebih menyeramkan lagi apabila individu berkenaan sempat menghubunginya dengan menggunakan WhatsApp Call untuk bertanya di mana keberadaan wanita tersebut.

Ujarnya lagi, motif pengawal keselamatan berkenaan memasuki rumahnya bukanlah ingin mencuri mahupun merompak, namun dia mengatakan lelaki tersebut memang mencarinya dan mempunyai niat yang tidak baik.

Rumah semua berkunci tapi dia lagi pandai tak tahu lah macam mana dia boleh masuk dari mana. Sebab CCTV cuma dapat detected kat ruang tamu je. Kita terus cepat-cepat call kakak dan abang ipar suruh pergi tengokkan rumah (rumah kakaksebelah lorong je dekat).

Baju kerja tertinggal kat sofa

Namun, ketika abang iparnya sampai ke rumah, lelaki terbabit bertindak melarikan diri sehingga baju kerjanya tertinggal di atas sofa di ruang tamu. Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menangkap individu berkenaan dan rupa-rupanya lelaki tersebut pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Alhamdulillah Yuyun bersyukur sangat-sangat Allah masih perlihara & lindungi Yun dan anak-anak. Tak dapat bayangkan kalau Yun ada kat dalam rumah dengan anak-anak semua.

Yun salute dengan Polis Johor sangat cekap dan cepat buat tangkapan. Apa-apa pun Yuyun bersyukur tak ada apa-apa berlaku dan cuma nak ingatkan korang walaupun kita duduk dalam perumahan yang ada security guard belum tentu rasa selamat. Sentiasa berjaga dan berhati-hato tau korang.

Difahamkan, kes tersebut masih dalam siasatan dan wanita berkenaan meminta orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Siap sempat cas phone

Sumber: Yuyun Nissa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×