Famili

[VIDEO] ‘Laju Air Mata’- Ayah Titip Pesan Untuk Anak Perempuan Bakal Berkahwin Undang Sebak…

35
SHARES

Siapa sahaja yang tidak mengalirkan air mata apabila mendapat pesanan dari ibu bapa sendiri bukan? Tambah pula nasihat tersebut adalah berkaitan perkahwinan dan khususnya diberikan untuk anak perempuan yang bakal berkahwin, makin bertambah sebak dibuatnya.

Begitu juga dengan satu perkongsian video di laman Tiktok ini apabila wanita ini berkongsikan video ayahnya memberikan pesanan buat dirinya yang bakal berkahwin, undang sebak dalam kalangan orang ramai.

Baca juga: Rupanya Ada ‘Realiti Gelap’ Anak Ketagih Tengok Cocomelon, Pakar Dedah Ibarat Kokain..

VIDEO AYAH TITIP PESANAN UNTUK ANAK BAKAL BERKAHWIN UNDANG SEBAK…

Menerusi video yang dimuat naik oleh Tiktok @Fyfa09, dia berkongsi momen tersebut ketika meminta restu daripada bapanya untuk mendirikan rumah tangga. Situasi bertukar menjadi sebak apabila bapanya mula memberikan beberapa pesanan sebelum mengalirkan air mata.

Ayah restu. Kamu jangan bagi ayah berdosa. Kamu dah nak jadi isteri orang taatilah suami kamu.

Bapanya turut menyatakan bahawa dia menghalalkan segalanya dan menasihatkan anaknya supaya jangan mengungkit soal harta benda jika bergaduh kelak.

Ayah halalkan segalanya. Angah minta restu. Rumah tangga ni hidup jauh bukan sekejap, sampai mati sampai akhirat. Syurga kamu. Ayah maafkan. Tak apa ayah restu supaya kamu bahagia dunia akhirat.

Dalam pada itu, wanita berkenaan berharap agar orang ramai mengambil nasihat bapanya itu supaya menjadi pengajaran. Video berdurasi 14 saat itu meraih lebih dua juta tontonan dan mendapat lebih 305 ribu tanda suka di TikTok.

@fyfa09

Reply to @ninidriss 😭❤️ #fyp

♬ Penenang Hati – Instrumental – Asraf Studio

Nasihat ayah saya, korang ambil lah nasihat ayah saya anggap ayah saya pun macam ayah awak ya.

“CEMBURUNYA DENGAN KASIH SAYANG AYAH PUAN..”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai yang turut sebak dengan perkongsian kata-kata dari seorang ayah ini. Bukan itu sahaja, ramai juga yang ‘cemburu’ dengan kasih sayang yang dipaparkan oleh ayahnya dan berterima kasih dengan perkongsian video tersebut.

Sumber: Tiktok @fyfao9

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×