“Alaa, ada telur je dalam peti sejuk..nak buat masak apa eh?”
Jangan risau kalau dalam peti sejuk ada telur sahaja, kerana macam-macam menu yang anda boleh pelbagaikan dengan hanya menggunakan telur! Bukan sahaja ia merupakan menu yang sihat, malah anda yang nak diet pun boleh amalkan makanan berasaskan telur. Jom cuba!
1.KERABU TELUR MASIN
Telur masin bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja. Apa kata cuba kelainan dengan membuat kerabu telur masin dan dimakan bersama nasi putih yang panas? Mesti akan bertambah selera seisi keluarga.
Resipi kerabu telur masin : http://myresipi.com/recipes/kerabu-telur-masin
2. KERABU TELUR DADAR HIRIS
Selain dari telur masin, telur dadar juga boleh dijadikan menu kerabu. Memang agak pelik sedikit kedengarannya, namun anda pasti akan menyukai rasa telur dadar yang telah digabungkan bersama bawang, limau dan cili. Memang sedap!
Kerabu telur dadar hiris : http://myresipi.com/recipes/kerabu-telur-dadar-hiris
3. Telur kukus
Pernah makan telur kukus? Kalau tak pernah makan, apa kata anda cuba kelainan untuk disajikan kepada keluarga. Telur kukus ni boleh juga disamakan seperti otak-otak kukus yang boleh dipesan di restoran Thailand. Tapi, apa salahnya kalau anda masak sendiri di rumah kan?
Resipi telur kukus : http://myresipi.com/recipes/telur-kukus
4. Telur Dadar Udang
Asyik makan telur dadar kosong ke, buatlah telur dadar berinti pula. Salah satu gandingan yang sesuai bersama telur dadar adalah udang! Masukkan sahaja udang yang telah dicincang ke dalam adunan telur sebelum goreng. Kalau nak masukkan udang seekor pun boleh sahaja ikut kreativiti anda!
Resipi telur dadar udang : http://myresipi.com/recipes/telur-dadar-udang
5. Telur tomato ala chinese
Menu ini sangat sesuai untuk anda yang nak diet. Tomato dan telur merupakan gandingan yang bagus untuk badan anda. Memang kalau makan hidangan ini, boleh kenyang perut sehari!
Resipi telur tomato ala chinese: http://myresipi.com/recipes/telur-tomato-ala-chinese
Sumber : MyResipi.com