Dapur

Buat Yang Gila Pedas, Ini 5 Resepi Yang Confirm Buat Kepala Korang Berasap!

24
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang merupakan penggemar makanan pedas kan? Boleh dikatakan setiap kali makan , mesti ada sahaja cili padi dalam pinggan menjadi pengiring kepada lauk utama dan nasi panas. Jadi, jika anda inginkan lagi resipi dan idea lauk yang pedas untuk dijadikan hidangan, jom masak 5 resipi ini.

1. PARU MASAK CABAI

Buat anda yang gilakan makanan yang pedas sudah semestinya perlu mencuba paru masak cabai atau masak cili ini. Dipadankan pula dengan nasi panas mampu untuk menaikkan selera anda!

Resipi paru masak cabai : http://myresipi.com/recipes/paru-masak-cabai

2. SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT

Sambal udang sudah semestinya menjadi kegemaran sesiap yang sukakan makanan pedas. Namun, and aboleh tambahkan terung pipit supaya lebih enak dan nampak tradisional. Bila makan masakan ini mesti teringat suasana kampung kan?

Resipi sambal udang bersama terung pipit : http://myresipi.com/recipes/sambal-udang-bersama-terung-pipit

3. MASAK LEMAK CILI API IKAN KELI BAKAR

Masak lemak cili api sudah pastinya menjadi pilihan hati bagi anda yang gilakan makanan pedas. Bukan sahaja boleh menggunakan ikan keli malah anda boleh pelbagaikan jenis ikan di dalam menu ini. Kalau nak tambah pedas lagi pun boleh.

Resipi masak lemak cili api ikan keli bakar : http://myresipi.com/recipes/masak-lemak-cili-api-ikan-keli-bakar

4. Talapia Sambal Hijau

Talapia masak sambal hijau ini juga amat sesuai dimakan bagi anda yang sukakan masakan pedas. Mungkin ada yang masak sambal hijau dengan manis tetapi kalau anda sukakan pedas, tambah la cili padi lagi ya!

Resipi talapia sambal hijau : http://myresipi.com/recipes/talapia-sambal-hijau

5. ASAM PEDAS TETEL

Siapa yang suka makan pedas sudah semestinya mengenali juadah ini kan? Mana tidaknya, asam pedas merupakan antara juadah yang paling popular buat mereka yang gilakan masakan pedas. Mesti jadi pilihan utama!

Resipi asam pedas tetel : http://myresipi.com/recipes/asam-pedas-tetel

Sumber: MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×